fbpx
Home Hiburan 9 Tahun Bersama, Akhirnya Azad Dan Eira …

9 Tahun Bersama, Akhirnya Azad Dan Eira …

by NoKomen
122 views
9 tahun bersama, akhirnya Azad dan Eira...

 

Setelah 9 tahun bersama mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti, Azad dan Eira buat sekian kalinya disatukan kembali dijinjang pelamin bersempena Majlis Ulangtahun Perkahwinan ke-9 mereka.

Majlis tertutup yang diadakan secara jemputan di Dealova Place, Sky Garden Nexis dengan hiasan ala ‘Garden Wedding’ ini dihadiri ahli keluarga terdekat, rakan artis, kenalan rapat, media dan blogger serta tetamu jemputan.

Antara rakan artis yang hadir adalah pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan beberapa lagi termasuk bekas pemain Harimau Malaya, Khalid Jamlus. Majlis diacarakan oleh adik Eira, Syafnida turut dimeriahkan juga dengan kehadiran penaja majlis antaranya Bobba Fitz, Rass Deco dan Emas Rozita

 

Dealova Place, Sky Garden Nexis

Dealova Place, Sunway Nexis

 

Azad Jasmin Dan Eira Syazira

Azad Jasmin John Louis Jeffri yang lebih dikenali dengan nama Azad Jasmin atau Pak Azad, lahir pada 11 Februari 1976 ini berkahwin dengan Eira Syazira atau nama sebenarnya Syazira Binti Suhaimi (lahir 19 Julai 1984) pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose, dan Areisya Suri Rose.

 

 

Kerjaya lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.

Manakala Eira, anak kedua dari enam beradik ini memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2004 dan sehingga kini telah berlakon dalam beberapa telefilem, drama dan filem.

Selain lakonan, Eira juga berbakat dalam bidang muzik. Pernah merakamkan lagu “Istana Cinta” bagi drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Balqis dan melancarkan album sulungnya bertajuk Di Hati Ini terbitan syarikat rakaman FGM.

 

Kejutan Khas Buat Eira – Majlis Ulangtahun Perkahwinan Ke-9

Majlis yang dirancang rapi Azad dengan bantuan keluarga terdekat tanpa pengetahuan Eira ini cukup romantis seakan-akan majlis perkahwinan sebenar.

Disaat menanti pasangan mempelai yang baru sahaja pulang dari percutian keluarga di Langkawi tiba, para jemputan telah terlebih dahulu dimaklumkan secara ringkas tindakan susulan kelak.

Dengan kedua matanya ditutup, Eira diiringi Azad menaiki lif dinantikan para media dan jurugambar bersiap sedia menanti demi merakam detik romantis ini.

 

 

Difikiran Eira hanyalah sekadar ‘candle light dinner’ berduaan seperti yang dirancang dan disediakan sang suami dari kelengkapan diri hinggalah pakaian termasuk juru hiasnya.

Terkedu dengan kehadiran ramai tetamu dengan tepukan dan laungan ‘Surprise’ sejurus selepas balutan matanya dibuka membuatkan Eira menitiskan air mata, seakan tidak percaya, membuktikan yang Eira benar-benar termakan dengan rancangan dan kejutan Azad buat isteri tercintanya. 

Kedua mempelai kemudiannya disapa keluarga dan tetamu sebelum diiringi ke jinjang pelamin buat kali keduanya. (Tak sangka romantis juga Azad ni rupanya ya! Melting uolls)

 

Pelamin ulangtahun perkahwinan Azad dan Eira ke-9

Pelamin ulangtahun perkahwinan Azad dan Eira ke-9

 

Majlis diserikan lagi dengan renjisan tepung tawar (konon-konon aje :p) oleh kedua ibubapa dan ahli keluarga. 

Sejurus itu, Eira dikejutkan lagi dengan hadiah kalungan emas oleh Emas Rozita selaku salah satu penaja majlis sempena ulangtahun perkahwinan yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM15,000.

 

Emas Rozita

Kalungan emas sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan daripada Emas Rozita bernilai RM15,000

 

Upacara penutupan majlis yang indah dan romantis ini diakhiri dengan ucapan oleh Azad dan Eira seterusnya acara potong kek dengan diiringi lagu ‘Cinta Luar Biasa’ nanyian dari Aiman Tino dan Fareez Fauzi.

 

 

Nokomen mendoakan agar hubungan pasangan romantis, Azad Jasmin dan Eira Syazira dipanjangkan dan kekal hingga ke ahir hayat, bercucu cicit hendakNya. Terus menceriakan hubungan suami isteri dengan gelak ketawa dan menceriakan netizen yang dahagakan aksi lucu Azad Jasmin yang sememangnya spontan. Insha-Allah, Amin.

 

9 Tahun Bersama, Akhirnya Azad Dan Eira …Setelah 9 tahun bersama mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti,…

Geplaatst door Nokomen op Zondag 20 september 2020

 

Kepada yang rindukan Pak Azad dan keluarga, sila tonton dan subscribe youtube Family Pak Azad.

 

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x