fbpx
Home Berita ACES AWARDS 2020: Pengiktirafan Tertinggi Dua Usahawan Malaysia Di Era Covid-19

ACES AWARDS 2020: Pengiktirafan Tertinggi Dua Usahawan Malaysia Di Era Covid-19

by NoKomen
76 views
ACES AWARDS 2020: Pengiktirafan Tertinggi Dua Usahawan Malaysia Di Era Covid-19

 

PETALING JAYA, 10 NOVEMBER, 2020 – Akibat penularan pandemik Covid-19, ketua eksekutif syarikat perlu mengenal pasti cara baru untuk menjalankan perniagaan. Inilah yang dilakukan mereka yang memenangi Anugerah Kelestarian Kecemerlangan Korporat Asia (ACES AWARDS 2020).

“Pada tahun fiskal ini, fokus kebanyakan syarikat telah bertukar daripada mementingkan keuntungan kepada cara bagaimana untuk bertahan dan meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

“Apa yang kita nampak ialah ketangkasan yang diperlukan dalam kepimpinan korporat kini, dengan kebanyakan ketua eksekutif syarikat melaksanakan strategi pengurusan yang drastik supaya perniagaan mereka boleh dikekalkan,” kata Shanggari B, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS, penganjur ACES.

 

Mors Group - Shanggari B

Shanggari B, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS

 

Menurutnya lagi, apa yang membezakan tahun 2020 daripada tahun-tahun terdahulu ialah kesukaran akibat penularan pandemik yang dihadapi syarikat, organisasi dan ketua eksekutif yang dicalonkan ACES AWARDS 2020.

“Seperti yang dijangkakan, terdapat peningkatan dalam jumlah calon, dan kecekalan mereka diuji oleh keadaan terkini ketika penularan pandemik Covid-19,” tambahnya.

Edisi ke tujuh ACES yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada tahun ini, setelah Singapura menjadi tuan rumah sejak bermulanya ACES pada 2014, dan selepas itu di Bangkok pada 2019.

Namun akibat penularan pandemik, majlis penganugerahan pada tahun ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh lain.

“Ini adalah kekecewaan yang besar bagi saya, terutamanya kerana kami mengalu-alukan barisan pemenang yang cemerlang pada malam itu,” kata Shanggari.

 

ACES AWARDS 2020 Winners

 

Para pemenang termasuk dua personaliti perniagaan tempatan yang tidak asing lagi, yang menggondol dua daripada tiga kategori anugerah terbesar.

Hartawan industri perkapalan Malaysia Tan Sri Datuk G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd., dianugerahkan Usahawan Tahun 2020, bagi kepimpinan beliau yang berwawasan dalam menguruskan satu-satunya pelabuhan milik persendirian di Malaysia.

 

Tan Sri Datuk G Gnanalingam

Tan Sri Datuk G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd

 

Pemberhentian seketika dalam pertumbuhan syarikat pada tahun-tahun sebelumnya telah memberikan Westports masa yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan fasa penambakan tanah pada kos yang lebih kompetitif untuk perluasan Terminal Kontena gergasinya.

Ini membuktikan kemampuan ketua eksekutif Malaysia untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Chickenland Malaysia and Singapura, Mac Chung Lynn pula menerima anugerah Usahawan Wanita Tahun 2020 bagi kepimpinan beliau dalam pertumbuhan minda, kemampuan membuat keputusan
yang berani serta pemahaman perniagaan yang kukuh.

 

Mac Chung Lynn

Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Chickenland Malaysia and Singapura

 

Setelah memulakan kerjayanya dalam bidang seni bina, Chung Lynn kembali ke Malaysia dari United Kingdom untuk membantu keuarganya memulakan perniagaan francais Nando’s.

Selepas dua puluh satu tahun, syarikat terbabit telah berkembang menjadi rangkaian kedai makan yang berjaya di seluruh Malaysia dan Singapura.

Di bawah hala tuju Chung Lynn, Nando’s Malaysia telah setakat ini berkembang dengan 78 restoran di seluruh Malaysia dan 9 restoran di Singapura.

ACES 2020 adalah tahun yang luar biasa bagi perniagaan dan syarikat Malaysia, dengan jumlah calon kedua paling ramai selepas Filipina.

 

 

Antara 14 syarikat Malaysia yang berjaya ke pusingan akhir ialah Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd, Etika Holdings Sdn Bhd, Dell Global

Business Center Sdn Bhd, D Jungle People Sdn Bhd, Kumpulan RAMSSOL, Berjayapak Sdn Bhd, Suria Capital Holdings Berhad, dan Yayasan Amal Budimas.

Coway (Malaysia) Sdn Bhd dan Kenanga Investment Bank Berhad adalah dua syarikat Malaysia yang dinamakan Juara Industri Tahun 2020.

 

Coway Malaysia

Coway Malaysia – Industry Champions of the Year

 

Terdapat 420 calon dan 150 finalis dari Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan, Laos, Myanmar, Kemboja, Bangladesh, Vietnam, dan Sri Lanka.

Tahun ini juga menyaksikan calon dari 4 negara baru iaitu Maldives, Arab Saudi, Jerman dan Amerika Syarikat.

Sementara majlis anugerah tidak dapat diadakan sehingga jumlah jangkitan di seluruh dunia menunjukkan penurunan, majlis kecil-kecilan yang dirancang penganjur dan dihadiri pemenang serta calon anugerah daripada beberapa negara
individu (Kuala Lumpur, Manila, dan Bangkok) akan tetap diadakan bagi membolehkan pemenang belajar dan menjalin rangkaian antara satu sama lain. #acesawards #acesawards2020 #beaconspost

 

ACES Statistics

 

ACES AWARDS 2020

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, ACES Awards telah berkembang menjadi salah satu penghargaan yang paling dicari di Asia, fakta yang disokong oleh senarai pemenang eksklusif, yang merangkumi beberapa pemimpin perniagaan, syarikat dan jenama terkenal di Asia.

Anugerah Kecemerlangan & Kelestarian Korporat Asia (ACES) membawa aspirasi perniagaan dan kisah kejayaan Asia ke pentas dunia melalui perkongsian dan pengiktirafan pengetahuan. Dengan sokongan pihak ketiga yang kuat untuk dipercayai dan cemerlang, Anugerah ACES membantu pemenang mempercepat pertumbuhan pendapatan dan keuntungan sambil memperlihatkan reputasi baik yang telah dibina oleh pemimpin berwawasan selama ini.

Anugerah ACES diasaskan Kumpulan MORS yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan diuruskan Lembaga Pengarah dari latar belakang pelbagai, yang memudahkan serta memainkan peranan mempromosi pertumbuhan kelestarian Asia.

Misinya adalah untuk membantu syarikat, pemimpin korporat dan ahli industri yang mahsyur untuk berkongsi satu landasan bagi mempamer kepimpinan dan kecemerlangan kelestarian, untuk belajar daripada pakar pasaran di seluruh dunia, berhubung dengan pihak yang berkepentingan, serta mengamalkan budaya pembelajaran yang progresif.

 

TROFI ANUGERAH ACES
‘Chiron The Centaur’ – Royal Selangor

 

ACES AWARD 2020 -Chiron The Centaur by Royal Selangor

 

Chiron the Centaur adalah centaur paling bijak dan paling adil dalam mitologi Yunani. Merupakan tutor dan penasihat pahlawan Yunani Eke Hercules, Achilles dan Jason of the Argonauts. Pakar strategi, dan juga ahli falsafah, serta pencinta seni.

Trofi Anugerah ACES direka bersesuaian merangkumi sifat-sifat Chiron, yang dihasilkan oleh jenama terkenal warisan Malaysia iaitu Royal Selangor, diperbuat daripada pewter.

 

 

Keutuhan pewter dan bentuk rekaan yang melambangkan sifat-sifat kepemimpin, kekuatan dan keyakinan, kebolehan merancang strategi dalam situasi yang mencabar, dan ketabahan menyesuaikan serta mengubah sebarang keperluan atau kehendak keadaan semasa atau cabaran mendatang.

Dihasilkan dalam jumlah yang terhad, dan hak ciptanya dilindungi, Chiron diibaratkan sebuah piala bagi semua piala, legenda aspirasi yang dihadiahkan kepada seseorang yang berjaya.

 

Untuk info lanjut, layari


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x