fbpx
Home Bisnes Ali Zahraa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh

Ali Zahraa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh

by NoKomen
702 views
Ali Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh

 

Asia Empire Records dan Ali Zahra Holding Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh serta lirik video rasmi di Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis ini turut dihadiri Mohammad Faizal Abu Bakar (Pengarah Urusan Ali Zahraa), Effendi Ghazali (CEO, Ali Zahraa), Hanif Khan Mohammed Khan (Pengarah Urusan Asia Empire Records & Pelita Lusoh Production), Aweera (Pengarah Urusan Pelita Lusoh), Dr. Hanafiah Hj. Basirun (Pakar Kesihatan Pekerjaan & Kecemasan Am Hospital Kasih Cyberjaya), Syed Johari Syed Salleh (Presiden Pertubuhan Amal & Kebajikan AES LC Malaysia), NGO Mahad Tahfiz serta barisan artis; Kuza, Aina Abdul, Badrul Muhayat dll. 

Ali Zahraa Holding Sdn. Bhd adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan bumiputra. Sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun 1998 lagi dan kini telah mempunyai lebih daripada 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia.

Pembabitan Ali Zahraa mula dikenali selepas penjenamaan semula dilakukan 3 tahun lepas dengan kelahiran produk Zahra Aroma Therapy Oil, Gel Therapy dan Serum Madeena yang menjadi fenomena di Malaysia.

 

perasmian-ali-zahraa-madeena-kembara-nabawi-pelita-lusoh

 

Kali ini, tahun 2020 sekali lagi Ali Zahraa Sdn. Bhd menggegarkan pasaran produk kecantikan khususnya penjagaan kulit dengan kerjasama penuh bersama Pelita Lusoh sebagai rakan kongsi bagi bersama menjayakan produk ini ke pasaran Asia.

“Hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk muslim unggul Ali Zahraa “Madeena” dan ianya merupakan sesuatu yang baru bagi kami”, kata Hanif Khan Mohammed Khan, Pengarah Urusan Asia Empire Records & Pelita Lusoh Production.

Sedia maklum, Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah dua tahun beroperasi mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan terbaharu dalam perancangan menghasilkan sebuah filem serta drama bersiri.

Idea asal kerjasama ini datangnya dari Awera sendiri selaku pemilik produk (product owner) sewaktu PKP lalu yang mempunyai masalah tentang penjagaan kulit muka. Maka dengan kerjasama Ali Zahraa Holding & nasihat dari Dr. Hanafiah maka terciptalah produk khusus bagi penjagaan kulit ini; Milk Glow Soap Collagen, Bergamot Natural Soap, Serum dan Serum Terapi Kulit.

Diperbuat daripada bahan semulajadi (natural) dan mengandungi vitamin-C dan vitamin-E khususnya bagi penjagaan muka. Penggunaanya selamat kerana tidak mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.

 

Serum Madeena untuk kulit cantik tanpa cela

Serum Madeena hilangkan kedut muka

 

Ali Zahraa Madeena + Kembara Nabawi

 

Kumpulan Pelita Lusoh

 

Bersama dengan produk Ali Zahraa “Madeena”, sebuah lagu gubahan sepenuhnya Pelita Lusoh berjudul “Kembara Nabawi” telah dihasilkan, ditulis oleh FJ Muzik yang menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah S.A.W.

Rakaman dan adunan sepenuhnya di Asia Empire Records studio ini menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari Kumpulan Drama Band sebagai pemain bass & Rudy dari Kumpulan Nastia untuk bunyian strings.

Video rasmi lirik “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh ini telah dilancarkan di saluran Youtube pada 29 Julai 2020 pada jam 8.30 malam (semalam).

 

 

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

3.5 4 votes
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x