KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja popular yang juga Duta PTTI, Iman Troye mengakui pernah dibuli di sekolah suatu ketika dulu.
Hal itu didedahkan pelantun lagu Nang itu di sesi perkongsian virtual bersama pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI tanggal 1 Februari lalu.
Duta PTTI, Iman Troye atau nama penuhnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata di sebalik kejayaannya mendapat keputusan cemerlang pada SPM 2019 dan mendapat sijil dekan, dia sebenarnya bergelut dengan pelbagai hal serta emosi termasuk dibuli.
“Waktu sekolah saya dulu tak indah sebenarnya. Saya pernah dibuli di sekolah. Memang tak ada kawan sangat. Tapi saya tak jadikan hal itu sebagai hal melemahkan semangat belajar.
“Jumpa kawan di sekolah baru, saya wujudkan kitaran positif yang betul dan mengajak kita untuk belajar. Saya bertekad untuk berjaya. Pada akhirnya ia juga berbalik soal rezeki serta restu ibu bapa.
“Pastinya dalam apa kita lakukan akan ada pergelutan itu ini. Bergelut zaman sekolah untuk persediaan ke universiti. Macam sekarang pun kena bahagi masa antara bekerja (menyanyi) sambil belajar Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam,” katanya.
Tambah Iman lagi, tegasnya dia sentiasa memujuk diri untuk belajar atau buat benda yang diminati.
“Bahkan saya turut berjumpa kawan yang ada minat sama. Kegembiraan itu pilihan, jadi buatlah benda yang disukai dan diminati.
“Jangan bagi pendapat jika tidak diminta atau ditanya. Jadilah pendengar yang baik untuk kawan. Kalau stres cari kawan dan luah. Saya jenis yang pentingkan kawan. Anda juga kena pentingkan kawan,” katanya.
Pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad bersama motosikal dimenangi di samping ibu bapa
Malah pada perkongsian sama turut dialu alukan penyertaan pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad yang memenangi motosikal Yamaha Ego. Tak ketinggalan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).
Adik Muhammad Haizul mengakui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan satu proses mudah.
“Sebab itu saya pengaruh dan ajak kawan lain sertai PTTI. Berbulan bulan belajar pun tak faham. Malah rakan sekelas ‘join’ kelas pun tak penuh kedatangan.
“Selepas itu, pelbagai seminar dan video pun dapat disertai secara percuma. Saya sendiri boleh enjoy belajar sambil pasang lagu.
“Malah saya wujudkan kandungan video menarik di TikTok mengenai PTTI. Video pun ditonton ramai. Saya pun ajak kawan muat turun aplikasi dengan guna kod rujukan.
Pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad bersama motosikal dimenangi bersama Cikgu Muhammad Dzulfahmi Salehuddin
“Malah saya turut luangkan masa tiga hari untuk kongsi manfaat aplikasi dengan kawan lain. Bahkan ada sampai lima kumpulan WhatsApp yang saya bantu menerangkan kelebihan aplikasi,” katanya.
Muhammad Haizul mengakui dia sendiri bekerja sambilan sejak belajar di tingkatan tiga untuk mengumpul wang saku.
“Saya pernah bekerja di kafe kawan. Macam macam lagi saya buat. Saya jenis kalau nak sesuatu takkan minta dengan ibu bapa.
“Saya juga melalui fasa dihakimi guru sekolah sendiri sebab bekerja sambilan. Sesekali saya manja dan hadiahkan diri dengan bermain ‘games’,” kata Muhammad Haizul.
Dalam pada itu, sejak diperkenalkan aplikasi terbabit, PTTI rancak menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara.
Salah satu usaha demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi berkenaan, pusat ilmiah berkenaan turut menganjurkan peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan hadiah lumayan dan menarik.
Kali pertama diadakan sekitar September ke pertengahan Oktober tahun lalu dengan menawarkan hadiah iPad. Kali kedua dianjurkan dari tempoh 30 Oktober hingga 30 November tahun lalu, ganjaran tempat pertama berupa motosikal Yamaha Ego selain iPad turut diberikan kepada pemenang kedua serta ketiga.
BACA: PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali Cikgu Fana mahu lebih ramai pelajar sekolah manfaat aplikasi dalam talian mereka
Penyampaian motosikal berkenaan juga sudah diserahkan kepada pemenangnya, adik Muhammad Haizul Ahmad berusia 18 tahun dari Jitra, Kedah baru baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit (Muhammad Dzulfahmi Salehuddin) di kediaman keluarganya di sana.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata peraduan diadakan lebih bersifat mempengaruhi pelajar lain untuk belajar secara efektif dan percuma menerusi aplikasi ditawarkan.
“Konsep atau konteks yang mahu diketengahkan adalah lebih kepada misi PTTI nak lihat lebih ramai pelajar mendapat manfaat dari aplikasi terbabit untuk belajar dan peningkatan pemahaman dalam pembelajaran di mana mana.
“Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang.
“Situasi itu terjadi kepada Muhammad Haizul (pemenang motosikal). Sejak dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun lebih 30,000 pelajar untuk menikmati pembelajaran percuma. Yang menyertai peraduan pula sekitar anggaran 5000 pelajar,” katanya.
Tambah Cikgu Fana lagi, pusat kelolaannya itu sedang melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar Tingkata 4 yang bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada bulan Mac depan.
“Menerusi kempen itu mereka dapat belajar secara percuma menerusi aplikasi itu dan boleh mendapatkan lebih 100 video pembelajaran percuma untuk persediaan awal. Malah Duta PTTI kami, MK K-Clique dan Iman Troye juga menyokong usaha ini.
“Mereka percaya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga memerlukan persediaan lebih awal sebelum membuat persembahan supaya dapat memberikan yang terbaik.
Begitu juga dalam peperiksaan. Kita nak kurangkan budaya ‘last minute’ di kalangan pelajar.
“Pada mada sama kami melancarkan peluang membantu rakan pelajar SPM dan tingkatan 1 hingga 4 untuk memuat turun aplikasi dan belajar secara percuma serts berpeluang memenangi iPad setiap minggu dari 2 Februari sehingga 31 Mac depan,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.