Filem 2023: Sumpahan Syaitan – Mampukah Aku Teruskan?

Sekali lagi pengarah Roy Krishna tampil mempertaruhkan filem genre seram komedi ‘Sumpahan Syaitan’ selepas terdahulu, filem “Zaara’ lakonan Kamal Adli berjaya memungut kutipan RM3.2 juta tahun lalu.

Namun tidak mustahil filem terbaharu ‘Sumpahan Syaitan’ terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production yang bakal ditayangkan bermula 2.3.23 di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura sekali lagi mampu memecah box office!

Dibarisi pelakon-pelakon hebat antaranya Dato Farid Kamil, Dato AC Mizak, Dato’ Jalaludin Hassan, Kenji Sawahii, Adam Shahz serta barisan pelawak terkenal antaranya Kumpulan Senario; Saiful Apek, Azlee, Yassin dan ramai lagi.

Menurut Roy, “Filem yang memulakan penggambaran sejak 2019 pada asalnya ini merupakan filem genre seram sepenuhnya namun diubah mengikut selera tempatan yang diamati lebih gemar kepada filem seram komedi.

Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam (Farid Kamil) yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM oleh Ray (Adam Shahz). Kerana nafsu dan keinginan cepat kaya, dek kerana tiada modal akhirnya Sam membuat keputusan mudah meminjam wang dari Branco (Dato’ Jalaludin Hassan) sebanyak RM3 juta!

Walaupun keputusan itu tidak dipersetujui sama sekali oleh kawan baiknya, Malik (Dato’ AC Mizal) kerana berurusan dengan Branco yang tiada sifat toleransi serta mengenakan bunga yang tinggi, namun keyakinan Sam terhadap bisnes yang dijalankan oleh Ray bakal memberikan pulangan yang tinggi mengatasi segalanya.

‘Langit tidak selalu cerah’ membawa maksud yang sangat mendalam dan sebenarnya saling berkait rapat dan bertaut dengan realiti kehidupan di dunia yang sementara ini. Apabila berkuasa, janganlah kita menjadikan orang lain mangsa kekuasaan. Apabila di atas, janganlah kita memijak orang yang dibawah. Dengan kelebihan , janganlah kita memperlekehkan sebarang kekurangan. Dengan kekayaan, janganlah memandang hina pada yang kurang berkemampuan.

Menyedari dirinya telah ditipu oleh Roy yang menghilangkan diri, nasib malang Sam berterusan membuatkannya diarah menyembunyikan diri bersama isteri (Nynaa Harizal) dan anaknya, Angel (Lala) oleh Malik di sebuah hotel lama miliknya di Segamat yang baru sahaja dibeli. Lokasi yang terpencil bakal menyukarkan Branco dan anak buahnya menjejaki meraka dalam masa yang singkat. 

Namun disebaliknya, lain pula yang terjadi di hotel berkenaan. Tanpa pengetahuan Malik yang berada di luar negara, pelbagai kejadian aneh berlaku semenjak ianya beroperasi dimana dipercayai suatu ketika dahlu menjadi lokasi pemujaan dan telah disumpah oleh syaitan.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Mampukah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya? Ikuti kisah selanjutnya di pawagam nanti ya!

Pengarah Sumpahan Syaitan, Roykrisna (kiri) dan Dato Yahaya Othman.

Bahasa: Melayu
Sari Kata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022
Waktu Tayangan : 1 Jam 20 Minit
Genre: Seram / Komedi
Pengarah: Roy Krishna
Skrip: Roy Krishna
Produksi: DBay Film Factory Sdn Bhd, Redfiress Film Production
Pelakon: Dato’ Ac Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil, Nynaa Harizal, Saiful Apek,
Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin,
Arin Rajalawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala (Watak Kanak2 Anak Sam), Cracky Don


OST – Filem Sumpahan Syaitan Lagu : Akhirnya Pasti
Penyanyi : Aniez Burke, Ishraq, Beejay, Ash
Lirik : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly
Lagu Ciptaan : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly
Terbitan : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly

OST – Filem Sumpahan Syaitan Lagu : Pergilah
Penyanyi : Amira Anuar & Ishraq
Lirik : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly
Lagu Ciptaan : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly
Terbitan : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly


Contest “Tonton dan Menang”

‘Sumpahan Syaitan’ juga menjanjikan anda peluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal daripada 5 buah motorsikal yang ditawarkan kepada penonton diseluruh negara guys! Tengok wayang je dapat motor!

Jom, tunggu apa lagi, saksikan filem “Sumpahan Syaitan” di pawagam berhampiran anda bermula 2.3.23 ini.

Caranya mudah, pertama – beli tiket dan tonton filem Sumpahan Syaitan, kedua- simpan tiket sebagai bukti pembelian , dan terakhir – muat naik dan isi borang penyertaan di laman sesawang sumapahansyaitan.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026