Pearls Cuisine & Mearcato Pullman Bangsar Sajikan Kelainan Juadah Berbuka

Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti ramai yang sudah mula merancang dan mencari tempat-tempat menarik untuk berbuka puasa secara individu mahupun berkumpulan. Dari menu, lokasi hinggalah kepada harga menjadi peranan dan keutamaan pemilihan pelanggan.

Mencari kelainan untuk juadah berbuka puasa? Jom Ramadan Ya Karim bersama Pullman Kuala Lumpur Bangsar yang menawarkan citarasa di luar kebiasaan dengan hidangan BBQ citarasa Itali serta hidangan makanan laut dan Dim Sum citarasa Asia Timur.

Italy dan China? Jauh kan.. namun tidak di Pullman Kuala Lumpur Bangsar! Kini anda mampu menikmati hidangan citarasa Asia Timur di Restoran Pearls Cuisine manakala Italy di Restoran Mearcato, keduanya berdekatan dan menawarkan himpunan lebih 100 menu hidangan istimewa dan pilihan secara buffet. Anda hanya perlu tepuk dada tanya selera haha.

Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman (tengah) bersama Chef-chef dari Pearls Cuisine & Mearcato – Chef Chong, Chef Hafis, Chef Halil dan Chef Benny

Dikendalikan oleh Kumpulan Messa yang diketuai oleh Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman bagi program iftar Ramadan ini, menjanjikan sajian antara pilihan yang terbaik di Lembah Klang dengan kelainan citarasanya melalui dua orang Chef berpengalaman iaitu Chef Benny dan Chef Chong.

Kumpulan Messa juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menyediakan hadiah bernilai lebih RM20,000.00 kepada pelanggan yang datang berbuka puasa melalui cabutan bertuah yang menyediakan motosikal sebagai hadiah utama.

Kami menjanjikan kualiti dan kebersihan sebagai sajian No. 1 di Lembah Klang, dan pastinya Halal, kerana kami mempunyai konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh pelanggan keunikan masakan Itali di Restoran Mearcato selain suasana yang selesa dengan ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan pada satu masa.

Antara tetamu yang turut hadir, Roger Ly, Tan Sri Dr M.Kayveas dan ramai lagi.

Manakala sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan melebihi 200 tempat duduk pada satu masa.

Apa yang lebih menarik adalah harga bagi setiap seorang adalah antara yang terendah di Hotel bertaraf 5 bintang dengan potongan harga setiap pembelian 10 orang, pelanggan hanya perlu membayar untuk 7 orang sahaja dengan 3 orang adalah percuma. Tawaran ini hanya terdapat di restoran kami.

Menariknya, setiap pelanggan yang hadir samada di Pearls Cuisine & Mearcato juga layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memiliki hadiah bernilai RM20,000 keseluruhan diantaranya sebuah motosikal, Honda Wave Alpha selaku hadiah utama dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Buat tempahan tempat duduk anda sekarang bagi menikmati sajian iftar Ramadan yang mengagumkan dari citarasa di luar kebiasaan!


Restoran Pearls Cuisine

Restoran Pearls Cuisine menawarkan pelbagai hidangan makanan laut citarasa Oriental dan dim sum halal {tanpa khinzir) yang dibuat segar dengan sentuhan kreatif & moden. Walaupun kedudukannya berada di Hotel 5 Bintang, harga yang ditawarkan bersempena Ramadan tetap berpatutan.

Menyediakan buffet Ramadan yang bertemakan “Oceans Treasures Seafood & Dim Sum Buffet” menyajikan puluhan hidangan bermula dari pembuka selera, sup, hidangan panas utama dan pilihan Dim Sum yang merupakan tarikan sajian utama bagi Pearls Cuisine.

Bagi penggemar Dim Sum, Oyster, Udang dan ketam khususnya, inilah tempat yang harus anda kunjungi! Pelbagai jenis masakan dan pilihan dihidangkan. Namun diingatkan jangan makan terlalu banyak, nanti tak dapat merasa kesemua hidangan yang ditawarkan pula. Makan sampai sahur! haha

Anda harus cuba hidangan ‘Baked Lobster in Creamy Golden Soup’ yang menjadi pilihan Chef Benny. Portion yang besar dipanggang dan disaluti dengan sos berkrim keemasan memberikan kenikmatannya tersendiri pasti membuatkan anda teringat keesokannya.

Menu Ocean Treasures Seafood & Dim Sum Buffet @ Pearls Cuisine Pullman Bangsar

AppetizersMarinated Cucumber with Spicy Chili Oil, Marinated Black Fungus with Scallions Oil, Marinated Turnip Soy Sauce, Nachos, Garden Mix Salad.

Soup Sea Coconut & Chinese Herbs in Chicken Soup.

Main Hot DishesChef Special Steamed & Baked Oyster with 3 Flavor Choices (Garlic, Sichuan Pepper, Creamy Cheesy Butter), Wok Fried Prawn with Ginger Scallion & Pepper Salt, Baked Sea Scallop with Garlic & Scallion, Steamed Half Shell Abalone with Chopped Chili, Baked Lemongrass Squid Served in Fusion Peanut Creamy Satay Sauce, Steamed Jernak Fish in Pickles Cabbage with Lime Juice, Chinese Style Wok Fried Spicy Flower Crab, Stewed Clam with Taro, Stir Fried Crispy Baby River in Mix Vegetables, Crab Meat Fried Rice with Vegetables & Anchovies, dan Wok Fried Curry Hong Kong Noodles with Mushroom & Seafood.

Dim Sum – 6 pilihan dim sum yang digoreng dan 6 pilihan dikukus, Wok Fried Radish Cake with Egg dan Bean Sprout with XO Sauce.

DessertFood Cocktail Jelly, 1 panas dan 1 sejuk (Haagen Dazs), Buah-buahan (Tembikai, Tembikai Madu, Tembikai Batu, Nenas, Jambu, Betik dll)

Buat tempahan Early Bird di antara 21 Februari hingga 22 Mac untuk mendapatkan harga promosi RM148 bersih seorang, dengan promosi Beli 10 (RM1,480) Percuma 3 (harga biasa dewasa) untuk mendapatkan penjimatan tambahan sebanyak RM444 dengan harga RM1,036 sahaja! Dan setiap pelanggan juga akan menerima 1x Baked Lobster (Udang Kara Bakar) dan 1x Haagen-Dazs mini tub dengan PERCUMA!

Untuk tempahan, sila hubungi kami di +6010 2299 927 untuk membuat tempahan.


Restoran Mearcato

Kepada penggemar makanan panggang atau BBQ, inilah tempat yang harus anda kunjungi. Rstoran Mearcato “Mengubah makanan menjadi Seni’ menawarkan sajian santapan citarasa Asia & Itali dengan harga yang sangat berpatutan. Dikenali dengan sajian 100% Pasta Buatan Sendiri, Pizza serta Hidangan Utama Klasik.

Berbanding dengan Restoran Pearls Cuisine, Mearcato lebih kepada hidangan masakan laut yang dipanggang mengikut gabungan citarasa Itali yang diubahsuai mengikut citarasa Asia khususnya Malaysia.

Keenakan ramuan rempah diperap secukup rasa berbeza pada setiap hidangan yang ditawarkan. Dari sekecil-kecil udang biasa hinggalah ke sebesar Jumbo River Prawn yang menjadi pilihan dan disyorkan chef selain daging, kambing, ayam dan pelbagai makanan laut lainnya.

Menu BBQ Buffet @ Mearcato Pullman Bangsar

Appetizers – Nachos with Tomato Sauce, Thai Style Oyster Shooter, Char Siew ‘Pai Tee’, Honey Mustard Egg with Turkey Bite, Salad – Mix Salad, Ceasar Salad, Tuna Pasta Salad, Tomato Fetta Salad, French Bean Salad dan Coslow.

Soup – Pumpkin Soup, Tomato Soup, Tomyam, dan Mix Vegetables Soup.

Pasta – Aglio Olio, Tomato Sauce, Cream dan Cheese Bake.

Rice – Butter Rice, Tomate Rice, Herb Rice.

Main Hot Dishes – New Zealand Lamb Leg, Australian Beef Striploin, Roast Chicken, Seafoods – Jumbo River Prawn, Cheese Bake Oyster, Banana Leaf wrapped Patin Fish, Tiger Prawn, Giant Squid, dan New Zealand Green Shell Mussel.

DessertPana Cotta, Cheese Cake, Mix Fruits, Redbean Coconut, Bubur Cha-cha, Tiramisu dan Assorted Pudding.

Buat tempahan Early Bird di antara 21 Februari hingga 22 Mac untuk mendapatkan harga promosi RM128 bersih seorang, dengan promosi Beli 10 (RM1,280) Percuma 3 (harga biasa dewasa) untuk mendapatkan penjimatan tambahan sebanyak RM384 dengan harga RM896 sahaja!

Setiap pelanggan juga akan menerima 1x Grill River Prawn dan 1x Haagen-Dazs mini tub dengan PERCUMA!

Untuk tempahan, sila hubungi kami di +6016 7199 927 untuk membuat tempahan.


Lokasi :

Restoran Pearls Cuisine & Mearcato
Pullman Kuala Lumpur Bangsar [Arah]

1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3,
59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026