Rahsia Che Ta Kekal Jelita Bersama Jenama Mylea

Tahun 2021 dimulakan dengan satu anjakan paradigma yang besar bagi Syarikat Amylea Group SDN.BHD di mana secara rasminya pelakon terkenal, Puan Rozita Che Wan akan menjadi duta bagi jenama Mylea. Sidang media khas upacara menandatangani kontrak sebagai duta diadakan khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 8 Januari 2021.

Antara yang akan hadir dalam sidang media ini pelakon terkenal Puan Rozita Che Wan dan pengasas jenama Mylea, Puan Amylia Farhana dan suaminya Mohd Fakhrul Razi serta agen-agen Jenama Mylea yang dikenali sebagai Fighters dan Jemaah Mylea. Turut hadir, para wartawan serta blogger-blogger bagi membuat liputan disepanjang berlangsungnya majlis ini.

 

 

Sebagai maklumat, jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 hingga sekarang dan baru-baru ini syarikat ini berjaya mendapatkan SME100 AWARDS 2020. Produk jenama Mylea juga telah mendapat kelulusan Sirim setelah melepasi standard piawaian yang dikehendaki.

“Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Pengasas Mylea, Puan Amylia. 

 

 

 

Rozita Che Wan Sebagai Duta

 

 

Dengan terlantiknya Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea akan memperkasakan lagi jenama Mylea di pasaran semasa. Ini merupakan permulaan yang baik bagi jenama Mylea dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh rasmi perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea.

Menurut pengasasnya, Puan Amylia yang merupakan peminat setia selebriti terkenal yang dikenali ramai dengan gelaran Che Ta malahan sudah lama mengagumi kecantikan dan juga loghatnya. 

 

 

Siapa sangka di usia sebegini masih lagi sudi dilamar sebagai duta produk kecantikan, kata Che Ta yang pada mulanya agak terkejut dan tidak percaya. Ini kerana kebiasaannya pasti duta dipilih dibawah umur 30-an, dimana ketika itu, kulit masih muda dan tegang. Tetapi seharusnya di lihat selepas melebihi usia 40-an keatas, barulah tahu sebaik mana penjagaan kulit seseorang itu,” tambahnya.

Sebelum menerima tawaran ini, Che Ta terlebih dahulu meminta contoh produk bagi mencuba dan menyakinkan diri. Namun percubaannya bukan terhadap dirinya, malah ibunya dengan rela menawarkan diri menjadi testimoni ujikaji bagi produk buang jeragat daripada Mylea. Tak diduga, hasilnya memang berkesan dan mujarab.

Kulit ibunya semakin cerah dan jeragat berkurangan. Diperkuatkan lagi dengan pelbagai kejayaan dan anugerah yang diraih melalui produk ini membuatkan Che Ta semakin percaya dan menerima lamaran ini.

 

 

Pengasas Jenama Mylea

 

 

Amylia Farhana Binti Saiful Bahri juga dikenali sebagai Amylia Farhana adalah usahawan Malaysia yang berjaya mencapai kejayaan pada usia muda. Berumur 34 tahun dan dilahirkan di Kuala Terengganu merupakan pengasas Mylea bersama suaminya Mohd Fakhrul Razi Bin Jamaluddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Amylea Group Sdn Bhd.

Ibu kepada tiga orang anak ini merupakan seorang graduan Diploma Industri Pelancongan dari UiTM Dungun, Terengganu. Sebelum memulakan jenama Mylea, beliau bekerja sebagai penyambut tetamu di Batu Buruk Beach Resort selama (1 tahun), Sales Coordinator di Grand Continental Hotel (1 tahun) dan Sales Executive di D’Saji Felda Residence (2 tahun).

 

Bila kita letakkan hak dia (Allah S.W.T) sebagai keutamaan kita, dia pun akan meletakkan rezeki kita sebagai keutamaan dia – Amylia Farhana

 

Segalanya bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam untuk memiliki sebuah produk jenama sendiri, Tuan Mohd Fakhrul sanggup berhempas pulas dan berhujan panas menguruskan perniagaan kecil kami demi keselesaan sekeluarga di masa hadapan.

Manakala, beliau ketika itu bekerja di sebuah hotel sebagai Sales Coordinator dan demi merealisasikan impian tersebut, beliau sanggup berhenti kerja. Selain demi membuktikan kepada majikannya yang mencabar menyatakan beliau tidak akan berjaya berniaga apatah lagi memiliki produk sendiri.

 

 

Pada tahun 2012, beliau dan suami berjaya memulakan perniagaan produk kecantikan sendiri melalui produk pertama iaitu set Mylea Skincare khusus bagi membantu menyelesaikan masalah jeragat, jerawat dan kulit kusam yang kini popular di kalangan pengguna yang dipasarkan secara dalam talian. Empat tahun kemudian, pada 2016 jenama Mylea berkembang dengan pengeluran produk baru, Mylea Freckles Serum dan Mylea Honey Soup bagi membantu permasalahan kulit berpigmen.

Lebih 500,000 unit telah habis terjual dalam satu tahun. Kini, jenama Mylea telah menghasilkan 5 produk utama di pasaran iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Treatment Foundation, Mylea Pore Invisible Primer dan Mylea Moisturising Lipmatte.

Melalui produk ini juga, Mylea telah melahirkan ramai usahawan terutama dikalangan suri rumah menjana pendapatan bersama. Dengan cabaran dan keperitan yang pernah dilalui juga membuatkan kami bangkit dan membuktikan jenama tempatan dibawah syarikat bumiputera juga mampu bersaing, menembusi pasaran tempatan dan juga antarabangsa termasuk Singapore, Bruneim Indonesia dan Arab Saudi.

 

 

Produk Terlaris – Mylea Freckles Serum

 

 

Mylea Freckles Serum penyelesai untuk masalah Jeragat, dengan sapuan yang kerap jeragat boleh berkurang tidak kira jeragat yang lama atau pun masih baru di kulit muka. Ramai pengguna kami memakai Mylea Freckles Serum menampakkan hasil, iaitu jeragat semakin berkurang dan hilang. Jeragat berpunca dari hormon melonin, hormon ni berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada kanser kulit. Peratusan orang yang mendapat kanser kulit adalah lebih tinggi bagi orang yang berkulit cerah berbanding orang yang berkulit gelap. Disebabkan oleh itu, mereka yang berkulit cerah akan lebih mudah mendapat jeragat. Pencegahan perlu dilakukan seawal usia 20an.

Punca masalah pori-pori terbuka apabila kita terlalu kerap mencuci muka dan juga kulit yang terkena air semasa anda sedang berpeluh. Ini menyebabkan liang pori sukar untuk menutup kembali kerana minyak dan kotoran telah masuk ke kulit anda.

 

 

Anda bertuah kerana Mylea Freckles Serum dapat membantu anda mencegah dan mengatasi masalah jeragat dan liang pori yang terbuka dengan mengamalkan Mylea Freckles Serum setiap hari.

Mylea Freckles Serum bersifat mesra solat, berasaskan air, bahan asas dari sumber semulajadi dan kaya dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan.

Mylea Freckles Serum sesuai di pakai atau dicampur dengan mana-mana produk yang lain kerana Mylea Freckles Serum tiada bahan kimia dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sangat dicadangkan untuk semua golongan.

 

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related posts

Maaedicare Raises RM700,000 at Night of Hope & Healing Gala

Pelancaran MIMF 2026 Fokus PMKS, AI dan Automasi

CheckPointSpot® Rakan Pemasaan Rasmi HSN Putrajaya & HSNKL 2026

3 comments

MYLEA by Fatihah January 14, 2021 - 7:20 pm
Hai saya Tiha😊 WAKIL SAH MYLEA #MYLEAbyFatihah Nak cantikk dgn MYLEA, nak join team MYLEA boleh terus wasap Tiha🥰 http://www.wasap.my/60129611535 📱📱 Fb : Fatihah Fauzi IG : MYLEAbyFatihah "Relax, Release, Rebalance"
Farhana Bt Eidzah January 14, 2021 - 8:40 pm
Hai semua..sy farhana agent sah Mylea batu pahat,johor✌️ Anda ada masalah jeragat..Jom fana bantu selesaikan masalah jeragat anda.. Jom join kami utk jana pendapatan anda😍👍 Cod dikawasan batu pahat dan sekitarnya atau pos ke seluruh malaysia watsap sy http://www.wasap.my/60163133200/myleabp
Lisa January 14, 2021 - 10:41 pm
Hi semua. Assalammualaikum sya lisa agent sah MYLEA area Tawau sabah. Semua ready stok, sesiapa nak mencoba product MYLEA Dan nak tahu kelebihan MYLEA ni boleh dapatkan dgn sya..sya boleh COD area berdekatan yang jauh sya boleh kirim bass Atau pos laju. Berminat boleh wasap sya👇👇 http://www.wasap.my/60106111142/myleacombo #MYLEA #Myleasabah #Myleatawau
Add Comment