fbpx
Home BeritaGlobal Batmobile Batman Dirampas Di Russia

Batmobile Batman Dirampas Di Russia

by NoKomen
200 views
Batmobile Russia dirampas | Harian Metro

 

Moscow: Sebuah kereta yang diubah suai menjadi seperti Batmobile, kenderaan digunakan watak adiwira Batman dirampas di Russia.

Ia dikatakan sama seperti kereta digunakan dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice

Kementerian Dalam Negeri Russia dalam satu kenyataan berkata, Batmobile itu dirampas di tengah Moscow.

Ia dikatakan selepas pihak berkuasa mendapati ia tidak didaftarkan dan tidak mempunyai cukai jalan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati kereta itu tidak selamat digunakan di jalan raya.

Pemiliknya, lelaki berusia 32 tahun yang tidak dinamakan dan berasal dari Moscow, kini disiasat pihak berkuasa berhubung tiga kes.

Ia termasuk memiliki kereta terlebih berat dan saiz di samping melanggar peraturan jalan raya.

Sebelum ini, sebuah kereta dengan ciri sama dijual menerusi laman web jual beli kereta dalam talian popular Russia, Auto.ru.

Dinamakan Batmobile 2018, ia dikatakan diimport dari Amerika Syarikat ke Russia pada 2018.

Laman web bisnes RBCRBC pula melaporkan kenderaan itu diiklankan untuk dijual pada 2019 dengan harga AS$840,000 (kira-kira RM3.54 juta).

Bagaimanapun, identiti pembelinya tidak didedahkan.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x