fbpx
Home Gaya HidupTrending Bendera Malaysia Terbalik, 5 Lelaki Ditahan

Bendera Malaysia Terbalik, 5 Lelaki Ditahan

by NoKomen
221 views
Bendera Malaysia terbalik, 5 lelaki ditahan

 

RAWANG – Polis menahan seorang pemandu lori dan empat lelaki warga Bangladesh bagi meneruskan siasatan berhubung isu bendera Malaysia terbalik yang dipasang pada sebuah lori sampah dalam kejadian di Bandar Country Homes, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka yang berusia 30 hingga 43 tahun itu ditahan jam 7.30 malam semalam dan akan direman bermula hari ini.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh seorang lelaki selepas melihat keadaan bendera Malaysia terbalik di lori sampah itu ketika melalui hadapan masjid Bandar Country Homes sekitar jam 9.40 pagi.

“Pengadu telah memberhentikan lori tersebut dan menegur pemandunya. Pengadu juga merakam insiden tersebut dan menularkannya dalam media sosial,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

 

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x