fbpx
Home Gaya Hidup Berpuasa, Tapi Berat Badan Tak Turun? Kenapa?

Berpuasa, Tapi Berat Badan Tak Turun? Kenapa?

by NoKomen
611 views

 

Bulan Ramadan merupakan peluang keemasan untuk meningkatkan rutin ibadah, membuat amal jariah dan yang turut tidak ketinggalan bagi sesetengah individu, peluang untuk menurunkan berat badan ketika berpuasa.

Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai? Atau berat badan ‘maintain‘, atau paling perit, berat badan naik?

Ini beberapa sebab kenapa berat badan anda tidak turun walaupun berpuasa.

 

1. Corak pemakanan yang tidak tetap

Ramai yang seronok makan ketika berbuka, menjamah sedikit sebelum tarawih, ditambah lagi dengan moreh sebelum sahur pada awal pagi.

Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk menjamah lebih pada waktu malam, sila elakkan pengambilan makanan berat sebelum tidur.

Metabolisme badan turun ketika tidur dan makanan yang diambil sebelum tidur tidak akan diproses dengan betul dan mungkin lebih disimpan sebagai lemak berbanding digunakan sebagai tenaga.

Hadkan pengambilan makanan berat hanya ketika berbuka dan sahur.

 

2. Tidak kekal hidrat

Pengambilan air yang cukup adalah sangat penting untuk keseimbangan tenaga dan berat badan.

Tanpa kadar kehidratan yang cukup, badan akan sering lesu dan penggunaan tenaga berkurangan. Semua ini menyebabkan anda kurang bergerak dan menambah kumpulan lemak daripada semua makanan yang diambil.

Banyakkan minum air kosong atau mineral antara waktu berbuka dan sahur.

Paling penting, hadkan pengambilan air manis atau berkarbonat.

 

3. Kekurangan buah-buahan, sayur dan serat

Kelancaran pergerakan usus anda adalah sangat penting untuk mengimbangkan serapan tenaga dan zat untuk kesihatan badan. Juadah berbuka puasa – segala jenis makanan ayam, daging dan ikan dihidang dengan hanya segenggam sayuran.

Beli sayuran yang tahan lama seperti timun dan lobak yang boleh dimakan begitu sahaja dan tambahkan kepada hidangan yang anda beli atau masak pada awalnya. Cuba tukarkan masa moreh kepada makanan snek buah-buahan dan air kosong dan saksikan perbezaannya.

 

4. Berhenti sebelum kenyang

Amalkan pengambilan kalori yang berpada-pada dan hadkan bilangan kuih dan pinggan sampingan anda. Berhenti sebelum kenyang. Beli dan masak makanan yang anda perlu dan bukan berpandukan nafsu.

 

5. Aktiviti fizikal

Walaupun berpuasa, senaman masih boleh dilakukan. Lebihkan berjalan. Naik tangga atau turun tangga. Sekiranya anda biasa bersukan ketika puasa, teruskan.

 

6. Rehat dan tidur yang cukup

Badan memerlukan rehat yang cukup untuk mengimbangi penggunaan tenaga. Sekiranya banyak masa tidur malam anda terkorban dengan masa terawih dan sahur, amalkan “power nap” pada waktu tengahari. Hanya 20-30 minit diperlukan untuk kembali rasa segar.

 

7. Masa untuk berhenti “fastfood” dan makanan ringan

Inilah masanya untuk anda berhenti tabiat tidak sihat ini dan ubah corak pemakanan yang lebih terkawal dan sihat.

Kita masih berbaki dua minggu lagi sebelum Aidilfitri menjelma.

Walaupun raya kali amat berbeza, namun tak salahkan kita tetap kelihatan anggun dan bergaya dalam suasana raya normal baharu ni dengan ukuran badan idaman?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x