fbpx
Home BeritaTempatan BigPay Scam Alert +60392126510 | Wang Tunai RM3k+

BigPay Scam Alert +60392126510 | Wang Tunai RM3k+

by NoKomen
645 views
BigPay Scam Alert +60392126510 Wang Tunai RM3k+

 

BigPay scam alert +60392126510! Cara terbaru individu tidak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja scamming menggunakan platform ‘BigPay : Challenge Banking’.

Baru sahaja sebentar tadi terlepas satu panggilan melalui applikasi WhatsApp menggunakan nombor talian tetap +60392126510 dari BigPay.

Oleh kerana kemusyikalan dan ingin mengetahui lebih lanjut apatah lagi nampak logo BigPay, saya pun terus call balik dan segera dijawab.

Menurutnya panggilan dibuat disebabkan nombor saya dipilih untuk memenangi Sumbangan Covid-19 dari BigPay sebanyak RM3,250! Wow! Masyukkkk! (Dalam hati dah tau ni mesti scam, kasi layan!)

Diberi dua pilihan untuk memperolehi wang tersebut samada melalui pejabat secara tunai atau terus ke akaun BigPay anda. Saya pun minta alamat ofis dan diberi tanpa sebarang perasan takut atau was-was. (Berani betul ya)

 

BigPay scam alert - whatsapp

 

Whatsapp +60392126510

 

BigPay Scam Alert +60392126510 – Modus Operandi

Pilihan 1: Alamat pejabat untuk Tunai

Unit 19-05-01, Level 5
Wisma Tune (sebelumnya PNB Damansara)
Lorong Dungun, Damansara Heights
50490, Kuala Lumpur

Entah alamat saya lah digunakan ini dan apakah akan berlaku jika kita benar-benar pergi untuk menerimanya?!

Pilihan 2: Akaun BigPay untuk pemindahan terus

Perlukan nombor telefon anda semasa pendaftaran BigPay dan 4 digit terakhir kad pengenalan anda!

Tahukah anda kenapa mereka memerlukan maklumat berkenaan? Ini kerana mereka boleh menggunakan akaun BigPay anda dengan menukarkan kata laluan seterunya baki wang anda. 

Apabila anda beri nombor telefon anda untuk pengesahan (seperti yang saya berikan), kemudian anda akan terima satu SMS OTP (sama seperti dari BigPay official) dari 62000 bagi mendapatkan kod pengesahan sementara seperti berikut:

RM0 Your BigPay OTP is ???-???.
DON’T SHARE IT WITH ANYONE, even to BigPay
TYEKMlECX73

Kemudian saya sengaja berdalih mengatakan belum dapat lagi OTP tu. Dia bertegas kata sudah send 3 kali dah. Kemudian, ada pilihan lain diberikan, boleh claim sendiri dengan terus pergi ke laman sesawang ini https://www.bigpay.my.id/bigpaychallengebanking dimana lawan sesawang sebenar BigPay ialah https://www.bigpayme.com/

 

BigPay Scam Alert - https://www.bigpay.my.id/bigpaychallenggebanking

BigPay Scam Alert – https://www.bigpay.my.id/bigpaychallenggebanking

Laman sesawang sebenar BigPay : Challenge Banking

Laman sesawang sebenar BigPay : Challenge Banking

BigPay Scam Alert - Minta nombor telefon anda

Selepas anda tekan log in, berikutnya akan meminta anda memasukkan nombor telefon bagi menerima SMS OTP

 

Kemudian, saya kata susahlah and takpelah nanti saya cuba lagi, diapun tak pasal-pasal tegas dan suara naik dah terus letak telefon!!

 

Siapakah Muhammad Hanif bin Mat Khalid?

Kepada sesiapa yang mengenali insan ini, tolong lah maklumkan kepadanya (jika benar wujud).

 

BigPay scam alert - Muhammad Hanif bin Mat Khalid

Kepada pemilik kad pengenalan ini, jika wujud, sila hubungi kami segera (untuk dilupuskan pada keratan ini)

 

Kesimpulan

Nokomen berharap marilah sama-sama kita membanteras jenayah ini, mungkin akan terjadi kepada anda, keluarga atau kawan anda. Minta kongsi berita ini bagi manfaat bersama. Hati-hati walaupun dunia kini berhadapan ancaman pandemik Covid-19, masih ada lagi individu tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan memperdaya insan diatas kesempitan mereka!

Maaf jika tersalah, hanya sekadar berkongsi.

Pihak berkuasa berkenaan sila ambil tindakan segera #polisdirajamalaysia #pdrm 

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x