fbpx
Home BeritaTempatan Datuk Seri Najib Bersalah Kesemua Tujuh Pertuduhan

Datuk Seri Najib Bersalah Kesemua Tujuh Pertuduhan

by NoKomen
207 views
Datuk Seri Najib Bersalah Kesemua Tujuh Pertuduhan

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapai tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” kata Mohd Nazlan.

Terdahulu, ketika membaca penghakimannya yang mengambil masa kira-kira dua jam, berkata

Susulan keputusan hakim itu, peguam bela tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon penangguhan untuk prosiding untuk rayuan sebelum hukuman dijatuhkan kepada Isnin depan.

Namun, permohonan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram yang mengetuai pendakwaan, dengan hujah penangguhan hanya diberikan selepas hukuman diberikan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.

 

Datuk Seri Najib Bersalah

 

BACA: Datuk Seri Najib Dijatuhi Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta

 

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

 

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x