fbpx
Home Bisnes Digi Abadi: Pelan Internet, Insurans RM28

Digi Abadi: Pelan Internet, Insurans RM28

by NoKomen
124 views
Digi Abadi: Pelan Internet, Insurans RM28

 

DIGI Telecommunications Sdn Bhd dan AXA Affin Life Insurance menawarkan Digi Abadi, pelan internet prabayar pertama di Malaysia yang didatangkan bersama perlindungan insurans hayat percuma.

Dalam kenyataan bersama mereka memaklumkan pelan prabayar edisi terhad itu adalah usaha mereka untuk memastikan rakyat Malaysia terus terhubung dan dilindungi terutama ketika kesihatan menjadi kebimbangan utama setiap individu pada masa ini.

Menurut kenyataan itu, Digi Abadi menggabungkan penyambungan internet dan perlindungan insurans dalam satu pelan menerusi Digi Online Store kepada 100,000 pelanggannya iaitu rakyat Malaysia berumur antara 30 hingga 55 tahun.

Untuk melanggan Digi Abadi, pelanggan perlu membeli pek permulaan berharga RM28 yang disertakan perlindungan insurans hayat sehingga RM40,000 untuk kematian, kematian akibat kemalangan dan perbelanjaan pengebumian tanpa sebarang kos tambahan.

 

Digi Abadi

 

Pelan itu juga menawarkan kuota Internet berkelajuan 3GB dengan tempoh sah selama 30 hari, 10 sen/minit untuk panggilan dan SMS ke semua rangkaian serta tempoh sah kad SIM selama 365 hari.

Pelan itu akan diperbaharui pada setiap 30 hari dengan nilai RM20 di samping pelanggan boleh terus menikmat perlindungan insurans hayat dan kuota Internet serta bonus kesetiaan sehingga RM55,000 bagi insurans hayat dan 6GB bagi kuota Internet.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata, syarikat itu menyasar menyediakan inisiatif mudah dan berpatutan kepada pelanggan untuk menjaga keluarga mereka di saat rakyat Malaysia mengharungi tempoh yang mencabar ini.

“Kami memahami desakan untuk memiliki perlindungan insurans, tetapi pada masa sama perlu mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti penyambungan telefon, oleh itu, kami memperkenalkan pelan ini agar pelanggan lebih selesa apabila mengetahui mereka dilindungi tanpa sebarang komitmen kewangan tambahan.

“Pelan ini sememangnya satu pelan dengan dua nilai hebat; kekalkan talian anda dan terus nikmati sambungan serta perlindungan insurans percuma daripada kami,” katanya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x