fbpx
Home Bisnes GOJO ASIA: A Good Journey Begins With GOJO

GOJO ASIA: A Good Journey Begins With GOJO

by NoKomen
672 views
A good journey begins with GOJO

 

Jenama terbaharu dalam industri pengakutan e-hailing Malaysia, GOJO ASIA hari ini telah melancarkan kempen ‘Merdeka Spirit Unites Malaysian Despites Social Distancing’  di Kelab Royal Selangor, Dataran Merdeka.

Kempen ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat GOJO ASIA bagi memupuk semangat dan  mendorong rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020 ini dengan penuh semangat patriotik walaupun dibayangi wabak pandemik global.

 

GOJO ASIA

 

Seiring dengan tema Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini, #MalaysiaPrihatin, serta semangat kemerdekaan, GOJO ASIA mengedarkan Jalur Gemilang dan topeng muka kepada pemandu GOJO dan tetamu yang hadir pada sidang media ini.

Selain itu, GOJO juga memberi penghargaan kepada pemandu mereka yang telah mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Encik Pradeep, Ketua Pegawai Operasi (COO) mengatakan bahawa GOJO ASIA komited untuk memastikan bahawa semua SOP dipatuhi dengan ketat.

“Kami memahami bahawa keselamatan dan kesihatan penumpang dan pemandu kami adalah penting dan kita semua perlu memainkan peranan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

 

GOJO ASIA Director, VVIP and COO

 

Maksud GOJO ASIA?

GOJO, singkatan dari Good Journey, sangat komited dalam misi kami menjadikan pengangkutan e-hailing sebagai mod pengangkutan yang berpatutan, selesa, selamat dan dapat diakses oleh semua golongan. Pasukan GOJO terdiri daripada individu yang bersemangat, bermotivasi demi kemajuan masyarakat setempat walaupun dunia kini berhadapan masalah pandemik global, Covid-19.

Pemahaman yang baik mengenai perjalanan yang sempurna bermula dengan pemandu yang kompeten, GOJO komited untuk memastikan pemandu kami dijaga dengan baik melalui teknologi yang tepat dan inisiatif CSR yang dirancang bagi melindungi kehidupan mereka.

Dalam usaha kami untuk memberi kebebasan pilihan dan kuasa penuh kepada pemandu, GOJO telah membuat ekosistem MarketPlace yang membolehkan pemandu sendiri memilih tempahan yang diinginkan sesuai dengan jadual mereka.

 

Pemandu e-hailing GOJO

 

Berpegang teguh pada komitmen kami terhadap pemandu, GOJO ASIA yang baru sahaja dilancarkan pada 8 Ogos 2020 lalu, terdahulu menawarkan ganjaran bagi melindungi kehidupan pemandu dengan penubuhan ‘Funder’s Fund’, inisiatif pembahagian keuntungan 12 bulan yang memberikan sebahagian keuntungan kepada pemandu GOJO yang layak.

Komitmen GOJO terhadap penumpang juga diambil kira merangkumi Privasi Data, Bantuan Kecemasan, Pemeriksaan Latar Belakang Pemandu dan Protokol Keselamatan Covid-19.

“GOJO juga akan melancarkan teknologi pengenalan wajah yang inovatif bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keselamatan kesihatan awam pada setiap perjalanan GOJO”, kata En. Shaharul Baharin, Pengarah Operasi GOJO ASIA.

“Walaupun masih baru, GOJO ASIA kini sudah memiliki lebih kurang 3,000 pemandu dan peningkatannya mendadak. Buat masa ini kami menawarkan RM250 kredit PERCUMA (Tawaran sehingga hujung tahun) kepada pemandu GOJO yang telah berdaftar dan tiada potongan komisyen selama 2 bulan sehingga bulan Oktober kelak”, tambahnya.

Segala keuntungan adalah milik pemandu, dalam usaha GOJO ASIA membantu pemandu menangani pandemik global ini.

 

Untuk info lanjut atau pendaftaran pemandu, sila layari 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 2 votes
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x