fbpx
Home Sukan Holyfield Lebih Bertenaga Walau Berusia [VIDEO]

Holyfield Lebih Bertenaga Walau Berusia [VIDEO]

by NoKomen
79 views
Evander Holyfield lebih bertenaga walau berusia

 

Evander Holyfield kelihatan memiliki bentuk badan menarik pada usia 57 tahun ketika legenda tinju itu menjalani latihan keras.

Lebih sembilan tahun daripada aksi pertarungan terakhirnya, petinju veteran Amerika itu dijangka kembali semula ke gelanggang dengan perlawanan bertujuan melakukan kebajikan.

Holyfield tampak bersungguh-sungguh mempersiapkan dirinya menjelang pertarungan berkenaan.

Sesi latihan dikongsi menerusi Instagram menunjukkan latihan gigih petinju itu.

Ikon tinju yang dua kali menewaskan Mike Tyson ketika kemuncak kerjayanya – kelihatan masih memiliki bentuk badan menarik bagi menghadirkan gerun buat lawannya.

Beliau mengakui dia merasakan seperti kembali semula pada bentuk badan terbaiknya sekalipun usia semakin menginjak 60 tahun.

Video bersama keterangan : “Terasa seperti lebih kuat daripada sebelumnya.”

Rakaman video berkenaan hadir sehari selepas memuat naik video awal di mana Holyfield mencetuskan kebimbangan daripada peminat mengenai kepantasan gerakan tangannya.

 

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x