fbpx
Home Gaya HidupTeknologi Honda Malaysia: Tempahan BR-V Baharu Kini Dibuka

Honda Malaysia: Tempahan BR-V Baharu Kini Dibuka

by NoKomen
161 views
Tempahan BR-V baharu kini dibuka

 

HONDA Malaysia dijangka melancarkan wajah baharu kenderaan utiliti sukan (SUV), The new BR-V pada suku pertama tahun ini dan tempahan untuk model berkenaan kini dibuka.

BR-V yang juga singkatan bagi Bold Runabout Vehicle (BR-V) mula diperkenalkan pada 2017 dan mula menarik perhatian pengguna dengan praktikaliti selain rekaan yang versatil.

Berdasarkan fungsi yang pelbagai, BR-V terus menjadi model pilihan khususnya bagi kegunaan keluarga.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata, BR-V dibangunkan secara eksklusif oleh Honda R&D Asia Pacific Co, Ltd (HRAP) untuk pasaran Asean.

“Honda BR-V baharu itu adalah model HRAP pertama di Malaysia dan direka bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat untuk kereta dengan tujuh tempat duduk yang luas dan serba guna.

“Sejak dilancarkan pada 2017, lebih 36,000 unit BR-V terjual di negara ini setakat Januari 2020.

“Pencapaiannya diterjemahkan kepada 45 peratus bahagian pasaran pada 2019 yang membantu BR-V mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, selain penambahbaikan di bahagian luaran, BR-V baharu itu dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC, menjana kuasa maksimum 120PS dan tork 145Nm yang tertinggi dalam segmennya.

BR-V baharu itu dilengkapi dengan kerusi kulit baharu dengan tambahan kemasan merah untuk menambah gaya sporty dan memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x