fbpx
Home Gaya HidupTeknologi Horseshoe Bend – Tablet Mini Futuristik

Horseshoe Bend – Tablet Mini Futuristik

by NoKomen
249 views
Tablet mini futuristik

 

Horseshoe Bend

Sudah semestinya spesifikasi skrin canggih adalah ciri penting sebelum membeli sesebuah komputer riba selain prestasi dalaman yang sentiasa keterhadapan.

Jika itu yang diidamkan, si pemburu gajet bolehlah mengintai inovasi terbaharu Intel yang pastinya akan mengundang keterujaan dengan rekaan yang cukup sofistikated di samping nama unik.

Prototaip komputer riba yang diberi nama Horseshoe Bend, bukan sekadar gajet minimalis biasa-biasa, tetapi berupaya menawarkan skrin lebih luas.

Menurut perkongsian cnet.com, Intel berjaya memukau orang ramai dengan rekaan persis tablet unik. Pun begitu, ia tetap mampu memberikan paparan skrin 17.3 inci, lebih lebar berbanding MacBook Pro yang hanya bersaiz 16 inci.

Jika mahu menaip, boleh sahaja menggunakan papan kekunci maya yang tersedia. Hebat bukan?

Lebih menyeronokkan apabila peranti tersebut dikuasakan dengan cip mudah alih, Tiger Lake selain skrin sesentuh OLED dalam mod landskap atau potrait.

 

Horseshoe Bend

 

Komputer riba boleh dilipat menjadi bentuk L atau dijadikan sebagai tablet mudah alih selain paparan papan kekunci maya.

Mungkin desain tidak ubah seperti telefon lipat lain seperti Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X, tetapi lebih kepada tablet mini dengan saiz skrin lebih berbaloi.

Bagi Niraj Bali, Horseshoe Bend adalah produk kemuncak gabungan telefon, tablet dan juga komputer riba dengan spesifikasi futuristik.

“Dengan teknologi masa kini, ia mampu menawarkan sebuah komputer riba yang lebih canggih untuk menonton filem atau memudahkan kerja suntingan gambar dan video,” kata Pengarah Kejuruteraan Kanan Kumpulan Platform Pelanggan Intel itu.

Secanggih mana pun komputer riba itu, namun belum boleh dipasarkan lagi kerana masih dalam peringkat reka bentuk templat rujukan Intel untuk merintis teknologi baharu.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x