fbpx
Home Gaya HidupTeknologi Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sepanjang PKP

Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sepanjang PKP

by NoKomen
823 views
1GB Internet percuma setiap hari sepanjang PKP

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi satu kenyataan berkata, antara pakej khas yang akan ditawarkan adalah Internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Industri telekomunikasi menawarkan pakej khas kepada semua pengguna termasuk usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi yang secara kolektif bernilai RM1 bilion.

Ia dibuat berikutan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom, Digi, Maxis dan UMobile akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB percuma.

Ia boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April dan dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Inisiatif itu juga membabitkan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

 

Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sepanjang PKP

 

SKMM dalam kenyataan itu menyatakan syarikat telekomunikasi turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian.

“Pelaburan ini akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat media.

“Dalam masa sama, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubung Negara (NFCP) akan terus dilaksanakan untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara terutamanya di kawasan luar bandar.

“Sebanyak RM3 bilion sudah diperuntukkan kerajaan menerusi SKMM seperti diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 1 yang diumumkan 27 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, agensi itu menyatakan bahawa perkhidmatan pos dan kurier komited untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan e-dagang selain daripada meneruskan perkhidmatan seperti biasa untuk rakyat Malaysia.

SKMM yakin inisiatif diumumkan dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 di samping membolehkan kesalinghubungan berterusan supaya rakyat dapat melaksanakan tugasan harian lebih efisien.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pakej yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP, pengguna digalakkan merujuk atau menghubungi syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x