fbpx
Home Sukan IOC: Olimpik Tokyo Tidak Akan Batal Atau Tangguh

IOC: Olimpik Tokyo Tidak Akan Batal Atau Tangguh

by NoKomen
178 views
Olimpik Tokyo tak batal | Harian Metro

 

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak akan membatalkan atau menangguhkan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo susulan wabak koronavirus kecuali jika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau badan berkuasa yang lain menasihatkan untuk berbuat demikian.

Anggota Kanan IOC, Dick Pound berkata, tiada sebarang perbincangan berhubung Sukan Olimpik Tokyo akan dibatalkan kerana koronavirus.

Pound berkata, kami hanya akan menyusun semula jadual Sukan Olimpik jika dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa antarabangsa.

“IOC dan pihak penganjur tidak akan membatalkan, menangguhkan atau melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan temasya itu kecuali jika mendapat nasihat daripada WHO atau badan berkuasa tertentu,” katanya.

 

BACA: Sukan Olimpik Tokyo 2020: Malaysia Tetap Sertai

BACA: Persediaan Penganjur Olimpik Tokyo 2020 Seperti Biasa

BACA: Sukan Olimpik Tokyo 2020 Batal?

 

Setakat ini jelas Pound, IOC tidak mengadakan perbincangan untuk membatalkan temasya sukan itu.

“IOC komited untuk meneruskan penganjuran temasya itu yang sudah melakukan persiapan rapi sejak enam setengah tahun lalu.

“Kecuali jika situasi sangat serius yang memerlukan temasya itu tidak boleh dilangsungkan atau pihak berkuasa melarang untuk melawat mana-mana negara serta yang seumpama dengannya, maka kami akan melakukannya,” katanya.

Ditanya apakah mesej kepada atlet yang sedang menjalani persiapan untuk temasya sukan terbesar dunia bermula 24 Julai sehingga 9 Ogos itu, Pound berkata: “Teruskan menjalani latihan. Kami masih komited dengan penganjuran Olimpik Tokyo tahun ini.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x