fbpx
Home BeritaTempatan JAIPs: Perlis Tak Benarkan Ziarah Kubur Aidilfitri

JAIPs: Perlis Tak Benarkan Ziarah Kubur Aidilfitri

by NoKomen
101 views
JAIPs: Perlis Tak Benarkan Ziarah Kubur Aidilfitri

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melarang umat Islam melakukan ziarah kubur di tanah perkuburan Islam di Perlis pada pagi Aidilfitri tahun ini dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19.

Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan berkata, langkah itu diambil bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Negeri Perlis dan meminta jawatankuasa kariah masjid menutup semua pintu pagar tanah perkuburan Islam di Perlis sehingga sambutan Aidilfitri tamat.

“Pintu pagar akan ditutup untuk mengelakkan kekeliruan dan bagi tanah perkuburan Islam yang tidak memiliki pagar yang sempurna, kita akan meminta sekatan sementara diadakan di situ sehingga berakhirnya sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Semua pintu pagar dan sekatan sementara bagi tanah perkuburan Islam di dalam kariah akan disertakan dengan salinan surat oleh JAIPs yang akan diberikan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Hazman berkata, bagi pelaksanaan takbir Aidilfitri di masjid, jawatankuasa yang terpilih dibenarkan untuk bertakbir menurut panduan yang sudah disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Apabila masuk 1 Syawal, takbir Aidilfitri mesti dilaksanakan dengan bergilir-gilir dan tidak melebihi tiga orang pada suatu masa selain perlu memastikan penjarakan sosial terjaga serta melakukan proses nyah kuman peralatan berkaitan dari semasa ke semasa.

“Pada pagi 1 Syawal pula, takbir Aidilfitri boleh dilaksanakan selepas solat Subuh dan berhenti selewat-lewatnya 9.00 pagi, kemudian jawatankuasa kariah bertugas mesti pulang ke rumah masing-masing untuk melaksanakan solat Aidilfitri bersama keluarga mereka,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan berkenaan, Hazman berkata, perkara terbabit bukanlah sesuatu yang baharu di Perlis memandangkan fatwa di negeri ini tidak menggalakkan orang ramai menziarahi kubur pada Aidilfitri.

“Mengikut perincian fatwa berkenaan jelas menyatakan bahawa umat Islam disunatkan menziarahi kubur pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan waktu dan hari tertentu sama ada hari raya atau selainnya.

“Perbuatan sesetengah pihak mengkhususkan ziarah kubur pada pagi hari raya disalah anggap seakan ia amalan agama yang dituntut dan kita bimbang ia menyalahi tujuan asal berhari raya di dalam Islam iaitu sebagai hari untuk bergembira.

“Apatah lagi, amalan menziarahi kubur ketika sambutan Aidilfitri bukan satu kemestian memandangkan adalah hari kegembiraan,” katanya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x