fbpx
Home BeritaTempatan JHEAT Sudah Buat Risikan, Bukan Mahu Menganiaya

JHEAT Sudah Buat Risikan, Bukan Mahu Menganiaya

by NoKomen
58 views
JHEAT sudah buat risikan, bukan mahu menganiaya

 

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kesal dengan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat.

Isu terbabit menjadi perhatian dalam kalangan warganet sejak pagi selepas wanita terbabit mendakwa ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di daerah Besut, semalam.

Wanita terbabit mendakwa dituduh berkhalwat dengan lelaki yang mengaku ahli keluarga sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam.

Katanya, serbuan dilakukan hasil aduan dan risikan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan dan kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penahanan wanita berusia 30 tahun bersama adik lelaki angkatnya berusia 28 tahun menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.

Katanya, pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT sendiri dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesalahan khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.

“Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Dalam hal ini, Mohd Adnan berkata, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kesalahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.

Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan mahram, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan.

“Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan,” katanya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x