fbpx
Home Berita Joe Biden ‘Presiden Dipilih’ Umum Menang Pilihan Raya Presiden AS

Joe Biden ‘Presiden Dipilih’ Umum Menang Pilihan Raya Presiden AS

by NoKomen
91 views
Joe Biden 'Presiden dipilih'

Joe Biden di laman Twitternya menulis “presiden dipilih”, walaupun pengiraan undi masih berjalan di beberapa negeri, lapor agensi berita Sputnik.

Joe Biden ‘Presiden dipilih’, suami kepada @DrBiden, ayah & datuk yang bangga. Sedia membangunkan semula dengan lebih baik untuk semua rakyat Amerika,” tulisnya.

Biden, calon Demokrat, umum kemenangan selepas menempuh persaingan sengit dengan calon Republikan Donald Trump, dengan mengatakan beliau akan menjadi presiden kepada semua rakyat Amerika.

Gandingannya, Kamala Harris juga yang digambarkan sebagai “Naib Presiden-Amerika Syarikat” di akaun Twitternya menulis “Kita berjaya, Joe Biden.”

Sebelum ini, CNN, Fox News dan NBC serta AP mengunjurkan Biden sudah melakar kemenangan pada pilihan raya presiden 2020.

Menurut data mereka, Biden sudah berjaya memperoleh 270 undi yang diperlukan.

Laporan itu susulan keputusan semasa pengiraan undi di Pennsylvania.

Pengiraan undi rasmi masih berterusan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pilihan raya presiden AS belum tamat walaupun beberapa media mengatakan calon Demokrat Joe Biden muncul sebagai pemenang.

“Kita semua tahu mengapa Joe Biden tergesa-gesa untuk dakwa dirinya sebagai pemenang, dan mengapa sekutu medianya berusaha keras membantunya: mereka enggan kebenaran itu didedahkan,” kata Trump.

“Faktanya mudah. Pilihan raya ini masih belum selesai. Joe Biden belum diperakui sebagai pemenang di mana-mana negeri, apalagi di negeri-negeri itu pengiraan undi masih berjalan, atau di negeri kempen kami mempunyai tuntutan mahkamah yang sah yang akan menentukan pemenang sebenar.”

Di twitter, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada Biden dan Harris atas kemenangan menguasai Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu.

“Tahniah, @JoeBiden dan @KamalaHarris. Kita dua negara bersahabat, rakan kongsi dan sekutu rapat. Kita berkongsi hubungan yang unik di pentas dunia,” tulis Trudeau di Twitter.

“Saya amat berharap dapat bekerjasama dan membangunkannya bersama dengan anda berdua,” tambahnya.

Turut mengucapkan tahniah Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson.

“Tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat dan kepada Kamala Harris atas pencapaian bersejarahnya,” kata Johnson menerusi Twitter.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula berkata “Rakyat Amerika sudah memilih Presiden mereka. Tahniah @JoeBiden dan @KamalaHarris! Kita harus melakukan banyak perkara untuk mendepani cabaran hari ini. Mari bekerjasama!” tulis Macron di Twitter.

Canselor Jerman Angela Merkel juga merakamkan ucapan tahniah dan berharap dapat bekerjasama dengan Biden, 77.

“Warga Amerika sudah membuat pilihan mereka. Joe Biden akan menjadi presiden Amerika Syarikat ke-46,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah Harris pula sebagai naib presiden wanita pertama di negara ini. – Bernama

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x