fbpx
Home Bisnes Jom Beli di Baloy.com.my Secara ‘Online to Offline’

Jom Beli di Baloy.com.my Secara ‘Online to Offline’

by NoKomen
165 views
Jom beli di Baloy.com.my secara Online to Offline

 

Petaling Jaya, 29 Ogos 2020 – Baloy meraikan pembukaan cawangan Baloy Member Mart ke-46 nya di Kota Damansara hari ini. Berasaskan format platform Online to Offline melalui Baloy.com.my menawarkan pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah, menyaingi harga di pasaran.

Dengan lebih 500 barangan dari jenama ternama seperti Nestle, Yeo’s, Jalen dan Adabi, Baloy mula beroperasi setahun yang lalu dan merancang untuk membuka 100 buah kedai menjelang Disember ini.

Baloy Member Mart kini boleh ditemui di serata Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Baloy telah membina pengikut setia pembeli yang terdiri daripada kebanyakan ahli. Syarikat ini beroperasi berdasarkan langganan, dengan dua jenis keahlian Biasa dan Emas.

 

Baloy Member Mart Kota Damansara

 

 

Beli Online di Baloy.com.my

 

Senang je nak beli di Baloy.com.my

 

Selain dari pembelian terus di kedai, pengguna dan ahli boleh membeli barangan di laman sesawang baloy.com.my dan mengambilnya terus di Baloy Members Mart berhampiran.

Ahli biasa mempunyai kuota pembelian RM300, sementara ahli Emas menikmati kuota perbelanjaan RM500 seminggu di laman sesawang baloy.com.my atau di mana-mana 46 kedai fizikal mereka.

Pembayaran secara online juga mudah dan menyeluruh meliputi perbankan online (Bank Malaysia), kredit/debit dan juga pengunaan sistem e-wallet terkini.

 

Baloy.com.my website

 

“Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan – bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin.

Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” kata Dan Lim, Pengarah Baloy.

Selain dalam proses kerjasama dengang beberapa syarikat dan badan swasta lain, Baloy turut memberi peluang kepada pelabur baru untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan mereka yang menarik.

Turut hadir memeriahkan pelancaran Baloy Member Mart di Kota Damansara adalah penyanyi dan DJ popular negara, Dina Nadzir.

 

Dan Lim dan Dina Nadzir

 

DJ Radio Era, Dina Nadzir di Baloy Member Mart

 

Mengenai Baloy

 

Baloy Logo

 

Baloy adalah nama platform dalam taliannya dengan model perniagaan O2O (Online to Offline) / C2M (Consumer to Market) yang unik: model perniagaan dari pelanggan ke pengeluar dalam talian ke luar talian. Sebagai sebahagian daripada misi syarikat, Baloy bertujuan untuk membangun ekosistem pembelian yang sihat untuk meningkatkan dan memajukan industri FMCG Malaysia dan seterusnya, ekonomi negara.

Selain memberi kepada masyarakat, Baloy bertujuan untuk mendidik pengguna dengan visinya untuk mengatasi rantaian bekalan FMCG konvensional, dan dengan itu menganjurkan peluang perniagaan dengan meningkatkan kelebihan daya saing.

Baloy Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2019 dan diketuai oleh Dan Lim yang merupakan Pengarah Baloy Sdn Bhd. Dia membawa pengalaman selama lapan tahun sebagai perunding perniagaan, perancang dan strategi pemasaran di sektor runcit FMCG.

Beliau adalah pengasas dua syarikat swasta: Dade Sdn. Bhd, dan Benri Sdn. Bhd. Pengalamannya dalam FMCG merangkumi penyediaan perniagaan dan operasi runcit, perancangan strategi dan pemasaran digital. Oleh itu, syarikat berada di tangan yang stabil dan cekap.

 

 

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, sila layari:
#Baloy #BaloyMemberMart #LowestPriceGuaranteed #MemangBerbaloi #GrandLaunch


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x