fbpx
Home Bisnes Jualan Negaraku Selamat & Aktif Anjuran al-Ikhsan

Jualan Negaraku Selamat & Aktif Anjuran al-Ikhsan

by NoKomen
75 views
Jualan Negaraku Selamat & Aktif anjuran al-Ikhsan

 

1 Oktober 2020 – Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan Negaraku Selamat & Aktif anjuran Kumpulan al-Ikhsan di Pusat Membeli-Belah MyTown, Kuala Lumpur.

Kumpulan al-Ikhsan telah mengahut seruan kerajaan dengan mengadakan jualan besar-besaran dari bulan Oktober hingga Disember 2020 yang dijenamakan sebagai Kempuan Jualan Malaysiaku Selamat & Aktif yang akan melibatkan 135 cawangan al-Ikhsan di seluruh negara.

 

Datuk Alexander Nanta Linggi

Kumpulan al-ikhsan dan Datuk Alexander

 

Program ini merupakan aktiviti pertama sebelum pelancaran Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2020 di mana ia merupakan penaja utama pakaian sukan bagi Hari Sukan Negara.

Objektif Kempen Jualan Negaraku Selamat dan Aktif adalah bagi memberi nilai terbaik kepada rakyat Malaysia di kala Kerajaan menggalakkan rakyat untuk berbelanja untuk menjana semula ekonomi negara.

Harga ‘value for money’ di setiap pembelian barangan di premis al-Ikhsan kelak diharap dapat diterjemahkan sebagai satu motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.

 

 

Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna amat mengalu-alukan peranan pihak korporat seperti usaha yang telah dilakukan oleh Kumpulan al-Ikhsan ini.

Usaha pihak swasta seperti al-Ikhsan ini wajar dicontohi atas rasa tanggungjawab dan sembangan meraka kepada negara melalui penawaran produk yang ‘value for money’ kepada rakyat Malaysia. Ini akan membolehkan wang yang dijimatkan dapat dibelanjakan kepada perkara lain juga.

 

Pelancaran Jualan Negaraku Selamat & Aktif oleh Datuk Alexander Nanta Linggi

 

Sehubungan itu, Kementerian mengalu-alukan rakyat Malaysia amnya dan pencita sukan dan riadah khususnya untuk berbelanja dan menyokong menjana ekonomi negara serta terus aktif bersukan agar Malaysia terus kekal sihat dan selamat daripada wabak Covid-19.

Kementerian juga turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan dan pihak korporat terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kumpulan al-Ikhsan dan pihak pengurusan MyTown kerana berjaya mengadakan Kempen Jualan Negaraku Selamat & Aktif bersempena Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia. 

 

 

It was a pleasure to launch our campaign “ Negaraku Selamat Dan Aktif” with the minister of interior and domestic trade YB Datuk Alexander Nanta Linggi today at Mytown Cheras – As the country battles the second wave of rising covid -19 cases , it becomes extremely important to focus on good health , fitness and safety ! We at al-ikhsan sports believe in making safety affordable which is why today we launch the most affordable sanitizer in the market at just RM 1.50 ! During this campaign we will also offer over 6000 varieties of shoes starting from RM 89 onwards to malaysian sports lovers to ease their financial burden ! #KPDNHEP #alikhsanSPORTS

Geplaatst door Al-Ikhsan Sports op Donderdag 1 oktober 2020

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x