Kerajaan Kazakhstan menafikan laporan dua berita media asing seperti The New York Times dan The Telegraph yang mendakwa republik itu antara negara yang paling cepat dilanda wabak COVID-19.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kerajaan, Kazakhstan berada dalam keadaan terkawal malah telah mengambil semua langkah yang diperlukan dalam memerangi wabak tersebut.
“Berita sedemikian boeh menimbulkan salah faham terhadap situasi sebenar di Kazakhstan malah apabila diperbesar-besarkan mampu meletakkan Kazakhstan kepada risiko epidemik,” tambah kenyataan itu.
Menjelaskan lanjut, Kerajaan Kazakhstan percaya laporan media itu dibuat berdasarkan kepada perubahan catatan metodologi sehingga menyebabkan salah tafsiran pada statistik kes yang sebelumnya tidak diperhitungkan tetapi termasuk dalam statistik nasional.
Menurut Kerajaan Kazakhstan, terdapat 48,847 kes Covid-19 di negaranya pada 7 Julai 2020, dengan 25,021 kes simptom dan 23.553 kes tanpa gejala manakala 1,403 kes dilaporkan sehari. Peningkatannya adalah sekitar 3.0%.
Kes pulih di Kazakhstan mencapai 24,990 dengan kadar pemulihan 51,1%, dengan 24,990 pesakit yang masih menerima rawatan dan 260 kes kematian.
Sehingga bulan Jun, kadar replikasi virus di Kazakhstan adalah 1,3, tetapi selama beberapa minggu terakhir ia menurun menjadi 1,05.
Angka kematian di negara ini adalah 0.5%, meletakkan Kazakhstan di tempat ke-35 secara global.
BACA: Jalinan Kerjasama Malaysia Dan Kazakhstan Teguh
BACA: Kazakhstan Kukuhkan Hubungan Dengan Malaysia
Selain itu, Kazakhstan secara konsisten telah melaksanakan program ujian massa di mana secara keseluruhan 1,631,817 ujian makmal Covid-19 telah dilakukan dengan kadar 8.746 per 100 ribu orang.
Sejumlah 48,847 diuji positif, sementara 1,582,943 diuji negatif.
Menurut maklumat worldometers, Kazakhstan menduduki tempat ke-19 di dunia dari segi ujian populasi, di tempat ke-54 dari segi kes yang disahkan setiap 1 juta orang, dan di tempat ke-113 dalam rekod kadar kematian.
Sejak awal bulan Julai, Kerajaan telah mengumkan semua bentuk Covid-19 tanpa gejala ke tahap morbiditi dan ternuyata itu telah meningkatkan pertumbuhan jangkitan dengan ketara.
Kedua-dua bentuk penyakit ini samada gejala atau simptom menimbulkan potensi bahaya kepada masyarakat secara meluas.
Sebelum Julai, rakaman berasingan telah dilakukan jadi perubahan metodologi yang dicatatkan menyebabkan salah fakta apabila semua kes sebelumnya tidak diperhitungkan.
Berdasarkan keadaan dan jumlah semasa, Kerajaan memutuskan pelaksanan kuarantin di Kazakhstan berlangsung dari 5hb hingga 19 Julai ini.
“Sekatan itu termasuk larangan mengadakan perhimpunan besar-besaran, serta acara keluarga dan peringatan. Salon kecantikan, pendandan rambut, gimnasium, pusat kecergasan, kolam renang, pasar tertutup, pantai, taman air, kemudahan budaya, pusat hiburan, kemudahan keagamaan, pawagam, tadika, kem kesihatan kanak-kanak dan institusi lain juga menghentikan kegiatan mereka, ” ujar laporan.
Sementara itu, 80% pekerja di institusi awam, syarikat nasional dan organisasi lain akan terus bekerja dari rumah.
Sekatan pergerakan orang dalam kumpulan lebih dari 3 orang juga dikuatkuasakan manakala perkhidmatan penting akan terus beroperasi dalam tempoh ini.
Restoran terbuka, kilang pembinaan dan perindustrian dengan kitaran pengeluaran berterusan, kerja-kerja pertanian dan pembinaan di udara terbuka akan terus beroperasi di bawah langkah-langkah kebersihan dan pembasmian kuman.
Trafik udara antarabangsa akan berterusan tanpa perluasan senarai negara.
Pada masa yang sama, penerbangan dan kereta api domestik diterhadkan waima perkhidmatan bas antara bandar dan bas bandar dihentikan semasa tempoh negara berada dalam status kuarantin.
PERINGATAN:
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.