fbpx
Home Hiburan Kelly Clarkson Ganti Simon Cowell Dalam AGT

Kelly Clarkson Ganti Simon Cowell Dalam AGT

by NoKomen
99 views
Kelly Clarkson ganti Simon Cowell dalam AGT

 

Kerusi penerbit Simon Cowell yang kosong dalam program America’s Got Talent (AGT) selepas cedera akibat terjatuh dari basikal elektrik kini diisi sementara oleh penyanyi Kelly Clarkson.

Clarkson menerusi perkongsian di Instagram sempat mengusik peminat program pencarian bakat itu apabila mengatakan kehadirannya bakal menghangatkan program itu.

“Sahabat saya, Simon Cowell beransur pulih, namun dia tidak boleh tampil di AGT pada Selasa dan Rabu. Warga Amerika tak perlu bimbang kerana seseorang yang jauh lebih bijak, hebat dan seksi mengambil alih kerusinya! Kelly Clarkson yang luar biasa! Terima kasih!” katanya.

Terdahulu, Cowell terpaksa menjalani pembedahan akibat mengalami keretakan serius pada bahagian belakang selepas terjatuh dari basikal elektrik, Ahad lalu.

Cowell dilaporkan berada di bilik pembedahan selama enam jam untuk menjalani beberapa prosedur termasuk memasukkan besi pada bahagian belakangnya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x