fbpx
Home Sukan Liga Juara-Juara: Bayern Rangka Strategi Rantai Messi

Liga Juara-Juara: Bayern Rangka Strategi Rantai Messi

by NoKomen
84 views
Liga Juara-Juara: Bayern rangka strategi rantai Messi

 

Pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka berkata, gergasi Jerman itu merangka strategi untuk mengekang kelincahan bintang Barcelona, Lionel Messi menjelang pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara, Sabtu ini.

“Ribuan pemain sebelum saya berusaha mencari jawapan kepada permasalahan ini,” kata Goretzka ketika ditanya cara menyekat ketangkasan Messi.

“Sangat menarik. Selepas beraksi beberapa kali dengan (bintang Juventus, Cristiano) Ronaldo – kini bermain dengan seorang lagi bintang hebat dekad terakhir ini.

“Hanya kerjasama berpasukan dapat menyekat mereka,” kata pemain tengah berusia 25 tahun itu yang menganggap Messi dianugerahkan bakat istimewa.

“Saya tak tahu bagaimana, tapi kami perlu pastikan mereka mengikut rentak kami.”

Messi menjaringkan gol ke-31nya musim ini pada Sabtu lalu dan memburu trofi kelima Liga Juara-Juara sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Bayern pula yang mengejar treble menang kesemua 13 perlawanan sejak bola sepak kembali selepas berehat panjang susulan pandemik koronavirus.

Mereka mempamerkan ketajaman jentera serangan pada Sabtu lalu apabila penjaring terbanyak Liga Juara-Juara, Robert Lewandowski meledak dua kali gawang Chelsea dan mencipta dua lagi peluang dalam aksi peringkat 16 terakhir untuk menang selesa menerusi agregat 7-1.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x