fbpx
Home Berita Malaysia Prihatin 2020 – Hari Kebangsaan Norma Baharu

Malaysia Prihatin 2020 – Hari Kebangsaan Norma Baharu

by NoKomen
195 views
Hari Kebangsaan Malaysia 2020 - Malaysia Prihatin

Menjelang sambutan kemerdekaan 31 Ogos 2020, Malaysia Prihatin dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2020 ke-63 dan Hari Malaysia ke-57 (HKHM2020), bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang.

Melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020 akan diadakan pada 28 Julai 2020 di Putrajaya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan, memaklumkan tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak.

Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini. – Aktiviti terbabit ialah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September). 

Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat.

Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), [email protected], Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi [email protected], yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan.

Berikut dikongsikan Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63, Malaysia Prihatin yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Malaysia Prihatin - Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2020

MALAYSIA PRIHATIN

#MalaysiaPrihatin #MerdekaMoment #MalaysiakuMerdeka #KibarJalurGemilang

MALAYSIA
Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19.

PRIHATIN
Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

RASIONAL LOGO HARI KEBANGSAAN 2020

LOGO BERBENTUK HATI
Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.

WARNA BIRU TUA
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

BULAN SABIT
Islam adalah agama bagi persekutuan.

BINTANG PECAH 14
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.

7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

STIGMA BUNGA RAYA
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.

5 TITIK MERAH
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

LAGU & LIRIK RASMI HARI KEBANGSAAN 2020

Muzik Video Lagu Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2020 #malaysiaprihatin

MALAYSIA PRIHATINCiptaan: Dato' Mokhzani IsmailLirik: El Sol AkhmadPenyanyi: Siti Sarah, Alif Satar, Syamel & Aina Abdul

Geplaatst door Nokomen op Maandag 17 augustus 2020

Ciptaan: Dato’ Mokhzani Ismail
Lirik: El Sol Akhmad
Penyanyi: Siti Sarah, Alif Satar, Syamel & Aina Abdul

Kedamaian
Milik Kita Bersama
Amanah Bangsa
Junjung Selamanya
Abadikanlah
Jiwa Dan Ragamu
Teguh
Sinar Cahaya
Satukan Jiwa

Semarakkan Api Cinta Di Hati
Pada Setiap Insan Kita Gapaikan
Agar Gemilang
Mekar Di Persada
Satu Langkah Satu Hati
Untukmu Pertiwi

Di Mana Bumi Dipijak
Di Situ Langit Dijunjung
Kita Gunungkan
Semangat Sejiwa
Walau Dimana Saja Berada
Makmurnya Seiringan
Agar Teguh Tulus Ikhlas Dizahirkan

MALAYSIA PRIHATIN SELAMANYA
Negara Bangsa Diutamakan
Khidmat Diberi Dengan Penuh Rela
Tanah Air Yang Tercinta
Namamu Harum Di Puncak Dunia
Payung Mahkota Teras Pertiwi
Di Persada Nan Gemilang

 

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2020 - Malaysia Prihatin

 

Selamat Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia khususnya. Semoga kita diberkati hendakNya dan dijauhi dari perkara-perkara yang tidak baik. Insha-Allah. Amin – Nokomen.com | Berita Terkini Hiburan Sensasi

 

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x