fbpx
Home Hiburan Maya Karin Tidak Abai Golongan Minoriti

Maya Karin Tidak Abai Golongan Minoriti

by NoKomen
116 views
Maya Karin tidak abai golongan minoriti

 

Maya Karin, menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan golongan minoriti di Malaysia selepas didakwa bersifat kurang peka dengan isu pemakaian baju tradisi kaum lain yang hangat diperkatakan sekarang oleh warganet.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke berkata, dia amat menitikberatkan kesamarataan antara semua golongan dan menyangkal isu pakaian mampu selesaikan kekeliruan itu.

“Kepada mereka yang menuduh saya tidak mendengar suara minoriti, izinkan saya jelaskannya. Kesamarataan adalah penting bagi saya untuk semua golongan minoriti dan yang mudah diserang. Namun, untuk memberi tumpuan kepada apa yang dipakai oleh seseorang tidak memajukan isu terbabit dan mengurangkan masalah mereka,” katanya.

Terdahulu, pelakon terbabit menerusi ciapan di Twitter bertanya apa yang perlu dan tidak boleh dipakainya selaku rakyat Malaysia kacukan Jerman, Melayu, Cina dan India.

Ciapannya itu menjadi perdebatan warganet sehingga ada yang menuduhnya berniat mengapi-apikan rakyat Malaysia mengenai isu itu. Selain itu, ramai turut membincangkan persoalan sama terutama yang berdarah kacukan.

Persoalan diajukan Maya itu dibuat selepas isu ‘Culture Appreciation’ dan ‘Culture Appropriation’ menjadi tular. Isu itu dibangkitkan kerana tular Mira Filzah tampil mengenakan pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.

 

BACA: Burger Bakar ‘Tak Sengaja’ Maya Karin

 

 

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x