fbpx
Home BeritaTempatan Motosikal Dan Pengangkutan Awam Darat Boleh Rentas Negeri

Motosikal Dan Pengangkutan Awam Darat Boleh Rentas Negeri

by NoKomen
552 views
Motosikal Dan Pengangkutan Awam Darat Boleh Rentas Negeri

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan penunggang motosikal dan penggunaan pengangkutan awam darat melakukan pergerakan antara negeri yang bermula hari ini hingga 10 Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pengangkutan awam darat terbabit perlu mempunyai permit sah daripada pihak berkuasa.

“Namun, adalah diingatkan bahawa orang ramai yang menaiki motosikal dan atau menggunakan kenderaan pengangkutan awam darat perlu mendapatkan kelulusan pergerakan antara negeri daripada polis melalui aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis berhampiran.

 

BACA: Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Perjalanan Rentas Negeri

BACA: Gerak Malaysia: Lebih 1 Juta Muat Turun

 

“Kebenaran pergerakan antara negeri ini hanya untuk orang ramai yang terkandas di kampung yang mahu kembali ke kediaman masing-masing atau mereka yang pergi dan balik bekerja sahaja,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Huzir berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan situasi semasa pada hari pertama pergerakan rentas negeri hari ini yang didapati berjalan lancar.

“Seperti sedia maklum, pergerakan pada hari ini adalah bagi mereka yang diluluskan bergerak antara negeri keluar dari Kuala Lumpur.

“Berdasarkan pemerhatian dan kajian sepanjang lebuh raya dan jalan persekutuan hari ini mendapati pergerakan kenderaan berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri serta mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa.

 

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x