fbpx
Home Bisnes Muslim Bukhari – Edisi Glam Raya Buka Peluang Beramal

Muslim Bukhari – Edisi Glam Raya Buka Peluang Beramal

by NoKomen
110 views
Muslim Bukhari Edisi Glam Raya Keluaran Terbaharu Wawa Cosmetics

 

Produk keluaran terbaharu syarikat Wawa Cosmetics milik pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Edisi Glam Raya – Muslim Bukhari telah dilancarkan hari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Edisi Glam Raya terdapat dalam dua versi, Muslim dan Bukhari yang dikeluarkan sebanyak 80,000 set sahaja mengandungi set pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek yang dijual pada harga RM79 seunit dan dua kotak hanya RM150.

Apa yang menariknya, setiap keuntungan penjualan produk Muslim Bukhari ini akan disalurkan terus kepada pembinaan semula sebuah masjid yang boleh memuatkan seramai 700 orang di kampung halaman Aeril sendiri di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor tidak lama lagi.

“Setiap pembeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya atas nama kami sahaja”.

 

Muslim Bukhari Edisi Glam Raya, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel - Wawa Cosmetics

 

Tercetusnya idea ini apabila Wawa mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid. 

Jadi Wawa cadangkan kepada saya dimana sebelum itu kami bercadang untuk membina sebuah banglo di Bangi. Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, kami menangguhkan hasrat tersebut dan bersetuju membina sebuah masjid.

“Kebetulan pula masjid di kampung halaman saya di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak usang. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut,” katanya ketika sidang media selesai majlis pelancaran Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya ini.

Perbincangan juga telah dilakukan bersama ketua kampung di Rengit dan persetujuan telah dicapai dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang kesemuanya dari hasil keuntungan penjualan produk Muslim Bukhari.

 

 

Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid tersebut hanya kerana kami yang menyumbang untuk kos pembinaan semula.

Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak,” jelasnya yang berharap sumbangan ini tidak disalah tafsir.

 

Geplaatst door Wawacosmetics HQ op Zaterdag 25 juli 2020

 

Amin, semoga usaha ini dapat membuka mata dan menjadi tauladan kepada semua. Sama-samalah kita beramal serta beroleh kebaikan oleh Nya. Insha-Allah – Nokomen.com


Untuk info lanjut sila layari INSTAGRAM | FACEBOOK

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x