fbpx
Home Bisnes Mutyara Tunjuk Riak? Bagi Staf Kereta Mewah!

Mutyara Tunjuk Riak? Bagi Staf Kereta Mewah!

by NoKomen
127 views
Mutyara tunjuk riak? Beri staf kereta mewah

 

Lebih dua tahun mengukuhkan jenama Mutyara diusahakan bersama isteri, Tya Arifin, ahli perniagaan terkenal Asyraf Khalid, 28, memanjat kesyukuran kerana segala galanya bagai tersusun cantik.

Di sebalik bergelut memulakan perniagaan dari bawah selain berdepan pelbagai skeptikal dan cabaran, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) ini bangkit dengan cara sendiri.

Tidak hanya cuba berdiri atas kaki sendiri membesarkan keluarga kecilnya, menerusi perniagaan diusahakan Asyraf dan isterinya juga mampu tersenyum bangga kerana dapat mengajak orang lain berkongsi kejayaan dinikmati.

Lalu kisah inspirasi dan bingkisan semangat yang tular bagaimana pasangan ini berjaya mengubah nasib masyarakat dan staf tersayang menambah serta menjana pendapatan sampingan di saat dunia diuji dengan pelbagai impak kesan pandemik Covid-19 terus membuka mata ramai.

Malah baru baru ini dua staf mereka Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, dihadiahkan kereta jenama Volkswagen menjadi bukti bahawa kejayaan itu terus dikongsi.

Ada netizen anggap hadiah itu seperti menunjuk sikap riak. Biasalah mulut netizen.

 

BACA: Asyraf Khalid Bengang Dikait Tumpang Pengaruh Datuk K

 

View this post on Instagram

. “Sebaik baik Manusia adalah Manusia yang memberi manfaat keramai orang” . Alhamdulillah Mutyara telah membuka peluang Bisnis Tanpa Modal untuk siapa sahaja yang nak Jana Income, bukan itu saja, malah Mutyara, Tya akan Guide Anda. Syukur, semakin hari Mutyara semakin berkembang… Semua ini karna kerja keras Kita Bersama, Usahawan Mutyara dan Team Mutyara. Kali ini, Mutyara memberikan apresiasi nya kepada Amir, salah satu Team Mutyara atas dedikasi yang diberikan utk Mutyara agar maju ke hadapan. Sebelum itu, Amir naik motor ke office, kalau panas kepanasan, Kalau hujan kehujanan, Semoga dengan apresiasi ini, Amir boleh selesa untuk bekerja dan boleh membantu orang sekeliling Amir. Thankyou Amir sudah jadi sebahagian dari MUTYARA. This is Just Begining, Let’s Bring MUTYARA To The Next Level Together, Insyaallah 🙏🏻❤️ @mutyarabeauty @usahawanmutyara @amir.rizwan_

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

 

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.

“Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua ketiga orang staf saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa. Berkat berkongsi ilmu dan belajar daripada pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman selain pengalaman, tuah dan rezeki menyebelahi kami,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

Bagi abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini, perkongsian pemberian hadiah kereta mewah kepada dua stafnya itu diharap dapat terus memberi semangat kepada orang lain bahawa semua itu tidak mustahil.

 

Mutyara - text message

 

“Amir Rizwan antara yang komited. Sebagai Pengarah Kreatif Mutyara, dia antara staf yang ringan tulang. Dialah yang akan jadi antara staf terawal datang ke pejabat dan paling lewat pulang ke rumah. Semoga dedikasinya terus menyuntik semangat staf lain.

“Saya dan isteri sendiri juga selalu membiasakan budaya semua tak kira staf sekalipun seperti memiliki perniagaan kami bersama sama. Jadi kami tak rasa bekerja hanya semata mata untuk mendapat gaji setiap bulan,” katanya.

Asyraf dalam pada itu, turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama ibu Amir, Asmah Mohd Hassan di Instagram juga turut meruntun perasaannya.

“Sebagai anak dan kini bergelar bapa, kejayaan Amir Rizwan sendiri memberi cerminan untuk masa depan saya. Saya juga mempunyai anak yang bakal mengharungi pelbagai cabaran pada masa akan datang. Moga anak saya dan isteri akan menjadi generasi terbaik kelak.

“Benar redha Allah itu datang dari ibu bapa. Saya beruntung dikurniakan staf seperti Amir. Tahniah juga kepada ibu bapanya yang membesarkan seorang anak yang cukup budiman dan menjadi contoh.

“Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk sama sama mencapai impian yang disasarkan,” katanya.

Malah perbualan bersama ibu Amir itu sendiri sebenarnya bagai menyusur awalan kembara perniagaan diusahakan.

 

 

“Dulu Amir mula bekerja dengan saya di sebuah rumah di Cyberjaya. Ketika itu hanya ada satu meja besar untuk kami semua berkongsi. Kemudian berpindah ke lot pejabat di kawasan sama. Hinggalah hujung Julai lalu Mutyara memiliki wisma sendiri di Puchong.

“Kejayaan diraih saya dan isteri bukan kemenangan individu sebaliknya usaha bersama staf dan mereka yang terus mempercayai jenama kami,” katanya.

Bagi Asyraf lagi, biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, jejaka kelulusan sarjana Pemasaran, Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia ini bagai sudah memahami sepak terajang dalam dunia perniagaan.

“Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.

“Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan

“Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan,” katanya

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari atau hubungi Mutyara


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x