fbpx
Home Bisnes Pandemik Bukan Penghalang, Produk Terbaharu ‘King Kaffe’ by NUFIYA

Pandemik Bukan Penghalang, Produk Terbaharu ‘King Kaffe’ by NUFIYA

by NoKomen
97 views
King Kaffe

 

Port Dickson – Keluaran terbaharu produk Nufiya Empire Sdn. Bhd, ‘King Kaffe’ dengan jayanya dilancarkan pada satu Majlis Pelancaran oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yaya Suhaimi yang diadakan di Port Dickson pada Sabtu, 3 Oktober 2020 baru-baru ini.

Majlis gilang-gemilang bertemakan ‘Glitter and Glamour’ ini dihadiri team NufiyaHQ, stokis, dan #avengersnufiya seramai 95 orang serta menampilkan Najib Assaddok dan isteri selaku tetamu khas yang banyak membantu Nufiya.

 

Nufira Empire Sdn Bhd

 

Bersempena pelancaran ini, Nufiya Empire Sdn.Bhd juga turut mengambil kesempatan memberi penghargaan khas kepada team yang hadir berupa cenderahati, trofi serta sijil penghargaan.

Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan hari ini, ianya telah terjual sebanyak 5000 set, melalui tempahan yang telah dibuat lebih awal sebelum majlis pelancarannya. Doakan agar produk King Kaffe’ ini terus mendapat tempat di hati pengguna”, Yaya Suhaimi.

 

 

Pelancaran King Kaffe

 

King Kaffe by Nufiya

Produk keempat keluaran Nufiya Empire Sdn. Bhd, ‘King Kaffe’ ini dihasilkan khusus bagi membantu masalah dalaman kaum lelaki serta berupaya meningkatkan tenaga.

‘King Kaffe’ diiktiraf mempunyai sijil pengkelasan makanan KKM dan dikilangkan di kilang berstatus GMP (Good Manufacturing Services).

“Dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki, menurut Pengasas, Yaya Suhaimi.

 

Kandungan King Kaffe

 

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai terutama golongan suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya.

Dengan modal serendah RM300, setiap individu berpeluang menjadi usahawan. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropshipper, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul dan menebus mata ganjaran. Jadi semua berpeluang merasai ganjaran ataupun reward.

“Leader Nufiya setakat ini berjaya mencapai sehingga RM100,000 jualan sebulan. Dan kami ingin membantu lebih ramai lagi usahawan menjana pendapatan sebegitu,” jelasnya.

 

Nufiya Dropship/Ejen/Stokis - Suri Rumah Bangkit Berjaya

 

 


 

Sesi temubual bersama Pengasas Nufiya Empire Sdn Bhd, Yaya Suhaimi

  • Bagaimana tercetusnya idea bagi menghasilkan produk King Kaffe?
    King kaffe dikeluarkan setelah ramai para isteri mengatakan bahawa suami juga ingin merasakan kopi sedapdari nufiya seperti ladyes coafee . Ramai juga para suami yang meminta untuk nufiya keluarkan minumanpracampuran khas untuk dalaman lelaki . Kerana mengalami masalah cepat letih*

     

  • Pengalaman atau cabaran sepanjang memulakan perniagaan?
    Cabaran paling getir ialah pada 2019 dimana kita bergerak tanpa arah tuju dengan matlamat yang tidak jelas sehinggakan jualan juga terhenti. Pelbagai masalah dialami termasuk pengurusan stok, walaupun hasil jualan 6 angka terjejas akibat tersalah kiraan kos serta team in-house/ejen satu per satu berhenti dengan notis 24 jam.

    Dalam pada keadaan saya berpantang ketika itu, segala urusan diuruskan sendiri, ia merupakan satu cabaran yang sangat sukar. Selain berniaga tanpa ilmu banyak menghasilkan kesilapan demi kesilapan. Buat bisnes tanpa ilmu membuatkan banyak melakukan kesilapan.

    Tahun 2020 ini, baharulah Yaya dapat merasakan pengalaman manis muncul silih berganti. Yaya kembali dengan menuntut ilmu perniagaan bersama sifu Najib Asaddok dan dengan itu juga alhamdulillah Allah gantikan dengan in-house team yang lebih memahami serta ringan tulang.

    Selain, Nufiya juga terpilih untuk memenangi Global Halal Excellence Award 2020, terpilih dalam jenama pilihan Pa&Ma 2020 dan Nona Superwoman 2020 . Bukan itu saja, Nufiya juga berpeluang berkolaberasi dan bekerjasama dengan sebuah hospital yang besar, meningkatkan jualan Nufiya mencecah RM2.6 juta memecahkan rekod jualan Nufiya setakat bulan Ogos 2020.

     

  • Pencapaian NUFIYA EMPIRE SDN BHD setakat ini. Bilangan ejen dan lainlain?
    Setakat hari ini nufiya telah melahirkan 5 orang Leader/kapten yang kesemuanya terdiri daripada suri rumah yang sebelum ini tiada pendapatan, kini mencecah angka jualan sehingga 6 hingga 7 angka. Manakalah seramai 2,500 orang ejen/dropshipper yang berdaftar.

     

  • Apakah harapan Yaya bagi tahun 2020 ini?  
    Harapan tahun 2020 ini, Nufiya mensasarkan jualan sebanyak RM4 juta dan melahirkan sehingga 5,000 keseluruhan ejen/dropshipper terutamanya golongan suri rumah/wanita agar bangkit dan berjaya menjana pendapatan sendiri sekurang-kurangnya 4 angka sebulan sekaligus memberi peluang dan membantu golongan ibu khususnya, menyusukan si manja sehingga umur 2 tahun sebaiknya.

     

  • Apakah kelebihan berdaftar sebagai ejen/dropship atau stokis #avengersnufiya?
    Selain berpeluang menjana pendapatan, Nufiya juga menawarkan insentif kelahiran dan kematian kepada #avengersnufiya. Nufiya juga mengadaptasikan sistem point dimana mereka dapat mengumpul mata dan menebus ganjaran tanpa had setiap bulan dengan setiap RM1 bersamaan 1 mata. Jadi kesemua #avengersnufiya berpeluang dan berhak merasai ganjaran berkenaan, hanya masa yang menentukan – lambat atau cepat sahaja. Nufiya juga menaja percutian ke Langkawi secara percuma selain cabutan bertuah setiap bulan.

 

#avengersnufiya Cabutan Bertuah 2020

 


 

Sale sempena pelancaran King Kaffe

 

Wow menarikkan! Sepanjang tahun ini, lebih-lebih lagi dengan ancaman pandemik Covid-19, Nokomen dapat lihat begitu banyak produk dilahirkan. Memandangkan keutamaan di rumah ketika PKP dahulu membuatkan perniagaan online mula menapak dan berkembang di Malaysia ini.

Jadi tidak hairanlah, rezeki ada dimana-dimana. Tidak kira secara fizikal mahupun atas talian, sesiapa sahaja berhak mencuba dan mengambil peluang ini dengan sebaiknya. Mulakan dengan dropsip yang tidak memerlukan sebarang modal permulaan atau pusingan.

Setidaknya anda mencuba dan insha-Allah dengan izinNya, satu hari nanti anda mungkin bergelar jutawan pula! Hubungi nufiya sekarang, kami sedia membantu dimana jua anda berada… 

 

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

 

Untuk info lanjut layari


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x