fbpx
Home Bisnes Pasaran Kini Seluas Dunia – Dr Mahathir

Pasaran Kini Seluas Dunia – Dr Mahathir

by NoKomen
102 views
Pasaran kini seluas dunia - Dr Mahathir

 

Dengan kemudahan teknologi yang membenarkan komunikasi di antara dua negara di penghujung dunia, pasaran jual beli bukan lagi terhad kepada bandar-bandar terdekat, pasaran kini seluas dunia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hari ini, pasaran sangat luas, jadi pengusaha terutamanya dalam sektor pembuatan tidak harus mengehadkan jualan produk di pasaran tempatan sahaja.

“Gunakan platform dalam talian untuk tingkatkan pemasaran produk dan juga cari jalan untuk menambahbaik mod komunikasi dengan pelanggan,” ujar Dr Mahathir dalam satu temu bual secara maya di laman YouTube dan Facebook Creative Cloud Community (CCC), pada Rabu.

Dr Mahathir yang sedar akan cabaran yang dialami pelbagai industri di tengah-tengah krisis kesihatan COVID-19 menasihati agar orang ramai tidak berputus asa untuk meneruskan perniagaan.

“Pasti terdapat pelbagai cara baharu untuk melakukan perniagaan, seperti kemudahan fasiliti yang membenarkan komunikasi secara maya seperti mana kita sedang lakukan ini, dan kami sangat beruntung kerana teknologi sangat canggih pada masa ini,” katanya.

Beliau percaya, industri perniagaan dalam talian yang sudah berkembang, akan terus bertkembang lagi.

Walau bagaimanapun beliau percaya bahawa terdapat banyak lagi yang harus dipelajari berkaitan inovasi dan teknologi demi kegunaan dan keuntungan semua.

Dr Mahathir merupakan tetamu eksklusif dalam siaran langsung program CCC, di mana topik yang dibincangkan berteraskan tema “Bagaimana Mengubah Krisis kepada Peluang”.

CCC merupakan komuniti kreatif yang menghubungkan individu kreatif dalam perniagaan, organisasi dan institusi pengajian dalam satu ekosistem.

 

https://www.youtube.com/watch?v=DkuCQvApz0o

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x