fbpx
Home Hiburan Pelancaran HSF Production (M) Sdn. Bhd & Puteri Gunung Sengkuang?

Pelancaran HSF Production (M) Sdn. Bhd & Puteri Gunung Sengkuang?

by NoKomen
102 views
Pelancaran HFS Production (M) Sdn Bhd & Filem Puteri Gunung Sengkuang

 

Baru-baru ini, My Asia Empire telah menganjurkan satu majlis pelancaran produksi filem dan drama, HSF Production (M) Sdn Bhd di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur pada 30 September 2020.

Majlis dihadiri barisan utama HSF Production (M) Sdn Bhd terdiri daripada Pengarah Urusan, YBhg Dato’ Mohamad Faizal Bin Abu Bakar dan Encik Haniff Khan Mohammed Khan (Ketua Pegawai Eksekutif) serta Puan Rusilawati Hassan atau lebih dikenali dengan Shila Mambo selaku Pengarah Pengurusan Filem dan Drama Empire Filem Production (M) Sdn Bhd.

Turut diserikan dengan kehadiran barisan artis antaranya Raja Azmi, Badrul Muhayat, Ropie Cecupak, Lan Zailan dan Radhi OAG, para wartawan media cetak dan media elektronik serta tetamu jemputan.

 

Haniff Khan & Alan - Puteri Gunung Sengkuang

Majlis Pelancaran HFS Production (M) Sdn Bhd

 

My Asia Empire adalah sebuah syarikat rakaman yang lebih dikenali dengan nama Asia Empire Records. Melalui studio rakaman sendiri, Asia Empire Records yang bergerak secara bebas selaku penerbit dan pengedar telah melahirkan beberapa artis naungan antaranya Pelita Lusoh dan D’One Band.

Selain itu, Asia Empire Records juga turut terlibat di dalam pengurusan artis, promosi dan sebagainya .

 

BACA: Ali Zahraa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh

 

View this post on Instagram

Pelancaran produksi HSF Production (M) Sdn Bhd. Baru-baru ini, My Asia Empire telah menganjurkan satu majlis pelancaran produksi filem dan drama, HFS Production (M) Sdn Bhd di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur pada 30 September 2020. Majlis dihadiri barisan utama HFS Production (M) Sdn Bhd terdiri daripada Pengarah Urusan, YBhg Dato’ Mohamad Faizal Bin Abu Bakar dan Encik Haniff Khan Mohammed Khan (Ketua Pegawai Eksekutif) serta Puan Rusilawati Hassan atau lebih dikenali dengan Shila Mambo selaku Pengarah Pengurusan Filem dan Drama Empire Filem Production (M) Sdn Bhd. Turut diserikan dengan kehadiran barisan artis antaranya Raja Azmi, Badrul Muhayat, Ropie Cecupak, Lan Zailan dan Radhi OAG, para wartawan media cetak dan media elektronik serta tetamu jemputan. Sambungan di Nokomen.com 😝 Klik link di bio "BARU TIDAK SEMESTINYA MENTAH" 🇲🇾 NOKOMEN.COM | BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI Berita Hiburan Sukan Gaya Hidup Tips & Tricks Travel Teknologi Trending #nokomen #nokomendotcom #beritaterkinihiburansensasi #bukanpublisiticumaberkongsi #naksorokmenda NAK SOROK MENDA! BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI Info terkini dan sensasi, di hujung jari anda hanya di Nokomen! Jom singgah sat! Sharing is caring guys! ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ TAG COMMENT SHARE ⛔ Tiada Paksaan Janji Ikhlas 💯 🌐 WEB nokomen.com ♥️ FOLLOW @nokomendotcom for more.⠀ 📌 HASHTAG #nokomen #nokomendotcom There’s always a story behind a story – “Nak Sorok Menda – Nothing to Hide”

A post shared by BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI (@nokomendotcom) on

 

Setelah beberapa tahun bertapak di dalam industri muzik, gabungan bersama Encik Haniff Khan dan pelakon serta penulis skrip yang tidak asing lagi di malaysia, Puan Rusilawati (Sheila Mambo) kini terus mengorak langkah ke dunia pefileman dan drama pula dengan penubuhan syarikat produksi HSF Production (M) Sdn. Bhd bersama YBhg Dato’ Mohamad Faizal Bin Abu Bakar selaku Pengarah Urusan.

Dengan misi dan visi malahirkan filem serta drama terbaik dan berkualiti bagi memberi satu impak baru dengan persaingan sihat bagi bersama memartabatkan industri perfileman Malaysia amnya.

 

HFS Production (M) Sdn Bhd

 

Selain memperluaskan peluang kepada pengkarya, penulis skrip serta pelakon sedia ada – khususnya veteran mahupun baru bersama memeriahkan lagi industri perfileman dan juga industri muzik. Secara tidak langsung juga membuka ruang pekerjaan bagi team produksi, krew belakang tabir dan lain lain lagi.

Majlis pelancaran HSF Production (M) Sdn. Bhd ini turut diserikan lagi dengan pra-pelancaran filem pertama mereka iaitu ‘Puteri Gunung Sengkuang’ hasil skrip tulisan Sheila Mambo yang berunsurkan komedi ‘Slapstik’ bersesuaian dengan pemilihan tajuk ‘Sengkuang’ itu sendiri.

 

“Kenapa sengkuang? Ini kerana perkataan sengkuang itu sendiri merupakan satu ‘trademark’ dan sinonim di dalam bidang lakonan, dimana perkataan sengkuang itu sering kali dikaitkan dengan ‘lawak’ atau sindirian antara para pelakon itu sendiri, kata Sheila Mambo.

“Hang jangan dok sengkuang sangat? atau bagi orang pulau pinang sebagai contoh “Apa hang ni hapla dok ada!” tambahnya.

 Filem yang bakal ditayangkan tahun hadapan ini akan dibarisi purata 80% pelakon veteran dan selebihnya pelakon baru yang masih dalam proses pemilihan dan penentuan akhir, termasuk pengarah yang akan umumkan pada majlis pelancaran rasmi filem Puteri Gunung Sengkuang kelak.

 

View this post on Instagram

Di sekitar Pelancaran HSF Production (M) Sdn Bhd yg berlangsung hari ini & FILEM PERTAMA PUTERI GUNUNG SENGKUANG (Komedi slapstik ) di Grand Millennium Kuala Lumpur , Syukur Alhamdulillah segalanye berjalan lancar . . . Btw Setinggi jutaan Tahniah ditujukkan kpd Pengarah Pengurusan Filem & Drama Artis @sheilahassan , @anep_sampahmuzik @alan_modus diatas kejayaan ini smuga beliou dpt menghasilkan karya2 bru yg terbaik & smuga berjaya & segala urusan berjalan lancar . Alhamdulillah amen . @sheilahassan @anep_sampahmuzik @rajaazmi @badrulmuhayat68 @amai_kamarudin @4uweseetv @asiaempirerecords @pelitalusoh #asiaempirerecords #HSFproduction #grandmillenniumkualalumpur #grandmillennium #pelawaktanahair #syukuralhamdulillah #productionlife🎬🎥 #alhamdulillahforeverything❤️ #alhamdulillah #syukurselalu #pelawakmalaysia #badrulmuhayat #ropie_sryn #Ropie #Pakodie #perlancaranfilem #komedi #filemkelakar #filembaru #artistmalaysia #support #puterigunungsengkuang #Comingsoon‼️ #akandatang2020 #kualalumpur

A post shared by Legacy Pakodi & Sryn (@ropie_sryn_) on

HSF Production (M) Sdn. Bhd melalui agendanya menerusi filem ini cuba ingin mengangkat kembali martabat artis-artis veteran yang telah ditinggalkan oleh industri lebih tinggi dari sedia ada, kata Pengarah Urusan, YBhg Dato’ Mohamad Faizal Bin Abu Bakar.

“Tiada yang lama, tiada yang baru. Niat utama adalah membantu artis-artis veteran yang semakin dilupakan, mereka masih ada nilai dan mampu membawa watak dengan berkesan dan sangat baik jika diberi peluang. Termasuklah artis baharu kini, setiap artis ada nilainya tersendiri, – Shila Mambo.

 

Pra-pelancaran filem pertama HFS Production (M) Sdn Bhd, Puteri Gunung Sengkuang

 

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat produksi HSF Production (M) Sdn Bhd dan filem pertamanya ‘Puteri Gunung Sengkuang’ ini sekaligus menaikkan lagi industri perfileman Malaysia. Diharapakan jalan cerita yang menarik serta lakonan mantap dari artis-artis veteran mahupun baharu nanti dapat menghiburkan setiap golongan penonton. Insha-Allah, Amin – Nokomen.com

 

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x