fbpx
Home Sukan ‘Penonton terhad’ Saksikan Olimpik 2021

‘Penonton terhad’ Saksikan Olimpik 2021

by NoKomen
57 views
Penonton terhad saksikan Olimpik 2021

 

Sukan Olimpik yang dilanjutkan ke tahun depan boleh dilangsungkan dengan “penonton terhad” untuk mengelak penularan jangkitan, kata ketua eksekutif Tokyo 2020, Toshiro Muto.

Temasya Tokyo 2020 kini dijadualkan membuka tirai pada 23 Julai 2021, selepas penangguhan yang mencipta sejarah berikutan pandemik.

Muto memberitahu BBC Sports bahawa penganjur komited untuk terus menganjurkan acara itu pada 2021, tanpa mengadakan perbincangan bagi membatal atau menangguhkannya.

 

BACA: Olimpik Tokyo Bakal Bermula Julai 2021

 

“Setiap orang fokus untuk mengadakan acara itu tahun depan – kami berpandangan sama.”

Katanya Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach “tidak bercadang” untuk menadakan temasya tanpa penonton tetapi menyedari bahawa jumlah yang sedikit mungkin boleh dilaksanakan.

“Dia mungkin memikirkan mengenai jumlah terhad membabitkan penonton dengan perhatian penuh terhadap jarak sosial,” kata Muto.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x