fbpx
Home Gaya HidupTravel Phuket Mahu Benarkan Pelancong Jangka Panjang

Phuket Mahu Benarkan Pelancong Jangka Panjang

by NoKomen
178 views
Phuket mahu benarkan pelancong jangka panjang

Phuket: Kerajaan Thailand dijangka memberi kebenaran kepada pelancong untuk percutian jangka panjang di pulau ini, mulai Oktober depan.

Keputusan itu dibuat kerajaan bagi mengaktifkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn berkata, pelancong perlu mematuhi beberapa syarat.

“Mereka perlu tinggal untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 hari.

“Bagi tempoh 14 hari pertama, mereka perlu menjalani kuarantin di kawasan terhad di hotel,” katanya seperti yang dilaporkan The Jakarta Post.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak berkuasa menggantung rancangan untuk mengadakan perjanjian berhubung gelembung perjalanan (travel bubble) dengan beberapa negara.

Ia berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Asia susulan gelombang kedua penularan pendemik berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn, pada Khamis berkata, pelancong juga perlu perlu menjalani dua ujian saringan sepanjang tempoh kuarantin sebelum boleh mengembara ke seluruh pulau Phuket ini.

“Mereka juga perlu sekali lagi menjalani ujian saringan dan mesti tinggal di wilayah ini untuk tempoh tambahan satu minggu, sebelum dibenarkan mengembara ke kawasan lain di Thailand,” katanya.

Sudah hampir tiga bulan Thailand tidak merekodkan kes positif penularan tempatan Covid-19.

Setakat ini sudah merekodkan lebih 3,300 kes dengan kerajaan sudah mengaktifkan arahan kecemasan negara sehingga September untuk mengawal penularan.

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x