fbpx
Home BeritaTempatan Posmen Jaja Kisah Sedih Ditahan Polis

Posmen Jaja Kisah Sedih Ditahan Polis

by NoKomen
137 views
Posmen Jaja Kisah Sedih Ditahan Polis

 

Memalsukan identiti di laman sosial Facebook dengan memuat naik kisah kesempitan hidup bagi meraih simpati netizen membawa padah kepada posmen apabila ditahan bersama dua individu yang bersubahat dengannya.

Terdahulu, kisah posmen didakwa hidup susah kerana tidak mendapat bonus tular di media sosial hingga menarik perhatian warganet untuk menderma wang ke dalam akaun lelaki terbabit.

Bagaimanapun, posmen berusia 22 tahun itu datang membuat laporan polis, kelmarin menafikan dia terbabit dengan kutipan derma berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil soal siasat mendapati keterangan diberikan lelaki itu meragukan dan tidak dapat memberi penjelasan.

Menurutnya, pihaknya juga mendapati posmen itu cuba membuat laporan polis palsu, malah nama yang digunakannya juga tidak wujud.

“Berikutan itu, polis menahannya untuk siasatan lanjut sebelum dua lagi individu termasuk pentadbir akaun kumpulan Facebook yang menularkan cerita sedih itu turut ditahan.

“Wanita berusia 35 tahun ditahan pada 10 malam semalam, manakala lelaki berusia 23 tahun ditahan pada 12.05 tengah malam tadi apabila mereka menyerah diri selepas posmen terbabit dicekup,” katanya dalam kenyataan di Bukit Mertajam, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati posmen itu memperoleh kutipan derma sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaunnya dan sudah digunakan membeli barangan keperluan.

“Siasatan juga didapati dua suspek terbabit mengaku bersubahat dengan posmen itu dengan memuat naik cerita dan gambar yang boleh meraih simpati warganet,” katanya.

Katanya, polis turut merampas kesemua telefon pintar ketiga-tiga suspek untuk siasatan lanjut.

“Ketiga-tiga mereka direman selama tiga hari hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x