fbpx
Home BeritaGlobal Presiden Nafi Kazakhstan Gagal Tangani Wabak Covid-19

Presiden Nafi Kazakhstan Gagal Tangani Wabak Covid-19

by NoKomen
685 views
Presiden Kazakhstan - Kassym Jomart Tokayev

 

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menafikan. khabar angin mengenai kegagalan Kazakhstan menangani wabak COVID-19 sebagai berita palsu.

Ia tidak benar sama sekali kerana sejak awal dilanda wabak COVID-19, Kazakhstan mengambil langkah segera memperkenalkan perintah darurat dan kawalan pergerakan yang diperketatkan selama lebih dari 30 hari.

Tindakan pantas itu telah menyaksikan sistem penjagaan kesihatan Negara terkawal malah menyaksikan angka kematian tidak tinggi waima jumlah pesakit COVID-19 di Kazakhstan hanya mencecah 20,000 orang.

“Oleh itu, penyebaran berita tentang kegagalan Kazakhstan menangani wabak penyakit ini adalah tidak benar sama sekali,” ujar Kassym-Jomart Tokayev dalam temuramahnya bersama akhbar tempatan Kazakhstan, ‘Ans Tili’ baru-baru ini.

Menurut Presiden, selaras dengan tindakan pantas oleh bahagian penjagaan kesihatan dalam pembekalan alat-alat kecemasan dan keselamatan, negaranya telah membina tiga buah hospital dalam bandar Nur-Sultan, Almaty and Shymkent yang tertumpu kepada penyakit berjangkit.

“Para petugas bekerja siang dan malam bagi mencegah wabak penyakit ini sama sepertimana dilakukan oleh negara-negara luar yang menghadapi wabak sama,” tambah Presiden.

Sehubungan itu, Kassym-Jomart Tokayev berkata, wabak yang melanda bukan sahaja mengubah keseluruhan cara hidup rakyat Kazakhstan malah turut sama dirasai negara-negara maju lain seperti Eropah, Amerika Syarikat mahu pun di Asia Tenggara seperti China, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain.

“Seluruh dunia sudah berubah dan globalisasi tidak lagi dapat bertahan apabila semua negara mengamalkan sikap pemencilan demi kelangsungan hidup dinegara masing-masing,” jelas Tokayev.

Beliau berpendapat, walaupun Kazakhstan telah menyatakan dengan secara konsisten bahawa ia sentiasa bersedia memberi sumbangan konstruktif kepada isu keselamatan luar dan dalam negara sebagai pemimpin pergerakan anti-nuklear, penyokong kuat gencatan senjata umum, ekonomi negaranya tetap terjejas akibat dari sekatan dan konfrontasi politik.

Menyedari keadaan politik sentiasa berubah mengikut keadaan semasa, beliau menekankan bahawa negaranya akan memelihara kepentingan rakyat sebagaimana dinyatakannya ketika sidang kemuncak EAEU berlangsung pada 19hb Mei lalu.

 

 

 

“Sebarang integrasi akan disokong sepenuhnya supaya tidak menjejaskan kedaulatan Kazakhstan,” jelas Presiden.

Memandangkan aspirasinya terhadap kerjasama dengan kawasan serantau, Presiden Tokayev menyatakan bahawa negara Asia Tengah, Kazakhstan dan Uzbekistan adalah negara terkemuka, dan sebarang kerjasama besar-besaran tidak akan mengecualikan saingan ekonomi.

“Kazakhstan komited dalam mempertahankan posisi utama ini,” jelasnya.

Dalam temuramah yang berlangsung Presiden Kassym-Jomart Tokayev turut menyentuh soal budaya harian dan tradisi rakyat Kazakhstan yang terkenal dengan sikap murah hati, kesabaran dan belas kasihan.

Malah katanya, beliau sendiri telah mengarahkan Kerajaannya memperuntukkan 1 trillion tenges bagi menangani isu pasaran tenaga kerja khususnya bab angka pengangguran yang tinggi.

Bagi menyokong isu berkaitan, Tokayev mengesyorkan agar rakyatnya mengubah hidup cara baru.

“Masa berkunjung berjamuan telah berlalu, Dan sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepda sains, ilmu pengetahuan, pekerjaan,” tegasnya.

Selain menyentuh isu kemasyarakat, sosio-ekonomi, geologi dan bahasa yang masih memerlukan keprihatinannya, Tokayev berpendapat negaranya kini berhadapan dengan masa yang tidak ada alasan untuk membuat kesilapan.

“Saya berharap rakyat dapat menggerakkan Negara kehadapan bagi mengelakkan tiada perkembangan dan sentiasa bergantung harap sesama rakyat kerana masa depan Negara adalah dalam tangan rakyat secara ekslusif,” ujarnya.

Dalam meneliti setahun pentadbirannya sebagai presiden, Kassym-Jomart Tokayev mengatakan bahawa masa itu banyak dihabiskan dalam mengharungi cabaran getir. Akan tetapi, sokongan rakyat banyak membantu kejayaan pihak kerajaan dalam menyelesaikan tugasan yang rumit.

“Polisi ini akan diteruskan, saya ada idea memodenkan negara ini selanjutnya,” akhiri beliau.

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x