fbpx
Home Gaya Hidup Pulau Di Malaysia: 10 Pulau Yang Perlu Diterokai

Pulau Di Malaysia: 10 Pulau Yang Perlu Diterokai

by NoKomen
171 views
Pulau Di Malaysia - 10 pulau yang perlu diterokai

 

Terdapat banyak pulau-pulau yang menarik dan menakjubkan di Malaysia. Selain kebiasaannya, Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor,  juga terdapat banyak lagi pulau-pulau lain di Malaysia yang pastinya belum dikunjungi dan boleh diterokai.

Justeru, bagi anda yang sedang merangka percutian bagi sepanjang tahun hadapan, pulau-pulau ini boleh dimasukkan dalam senarai tersebut bagi aktiviti-aktiviti seperti berenang, menyelam dan aktiviti pantai yang lain.

 

1. Pulau Semporna

 

Pulau DI Malaysia - Pulau Samporna

 

Pulau Semporna

Jika ke Semporna terdapat beberapa pulau berhampiran iaitu Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Tatagan, Pulau Sibuan dan Pulau Mabul.

Dari Lapangan Terbang Tawau, pengunjung perlu ke Pekan Semporna yang mengambil masa kira-kira satu jam.

Kemudian, perlu menaiki bot laju dari jeti di Pekan Semporna untuk ke Pulau yang ingin dituju yang mengambil masa selama 30 minit hingga 1 jam 30 minit mengikut jarak pulau.

Cara terbaik untuk meneroka pulau-pulau sekitar Sabah ialah dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh resort.

 

2. Pulau Rawa

 

Pulau DI Malaysia - Pulau Rawa

 

Pulau Rawa

Pulau Rawa terletak kira-kira 16 kilometer di luar pesisiran laut Johor. Saiznya kecil sahaja dan terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Untuk ke Pulau Rawa, pengunjung perlu menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing.

 

3. Pulau Labuan

 

Pulau Labuan

 

Pulau Labuan

Pulau Labuan merupakan antara pilihan bagi mereka yang gemarkan aktiviti menyelam kerana perairannya yang bersih, cantik dan jernih.

Terdapat tiga lagi pulau berdekatan yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Labuan sejak tahun 1994 iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman.

Terletak kira-kira 10 km dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956.

 

4. Pulau Kapas

 

Pulau Kapas

 

Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau lebih kurang 20 minit dari jeti Marang, Terengganu.

Di perairan pulau ini terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, justeru ia sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti menyelam.

Selain Pulau Kapas, Pulau Gimia juga terletak berhampirannya.

 

5. Pulau Aur

 

Pulau Di Malaysia - Pulau Aur

 

Pulau Aur

Pulau Aur merupakan pulau yang terdapat di kawasan Taman Marin Johor. Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing.

Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, dan pakej percutian.

 

6. Pulau Payar

 

Pulau Di Malaysia - Pulau Payar

 

Pulau Payar

Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah. Pulau ini boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang.

Menariknya, terdapat tiga pulau lain yang berhampiran iaitu Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang.

Pulau Payar ini juga mempunyai Taman Karang yang terletak di hujung Pulau Payar bagi mereka yang berminat dengan khazanah laut.

 

7. Pulau Mantanani

 

Pulau Di Malaysia - Pulau Mantanani

 

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani terletak di kawasan barat laut Kota Belud, Sabah antara pulau cantik untuk dikunjungi.

Terdapat beberapa buah pulau yang terpencil iaitu Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan.

Untuk ke pulau ini, anda perlu menempuh 55 minit perjalanan dengan menaiki bot laju daripada Jeti Kuala Abai.

 

8. Pulau Tenggol

 

Pulau Di Malaysia - Pulau Tenggol

 

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol terletak di luar pantai negeri Terengganu.

Untuk ke Pulau Tenggol, pelancong harus menyewa bot laju dari jeti Kuala Dungun.

Pulau Tenggol menyediakan banyak tempat menyelam yang mengagumkan.

 

9. Pulau Pangkor

 

Pulau Pangkor

 

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di negara kita.

Ini kerana, Pulau Pangkor antara Pulau paling hampir dengan Kuala Lumpur dan sesuai untuk percutian singkat.

Antara tarikan di pulau ini adalah Pasir Bogak, Teluk Nipah, Pangkor Laut, Kota Belanda, Batu Bersurat, Masjid Terapung dan pekampungan Nelayan.

 

10. Taman Laut Tanjung Pinang, Pulau Redang

 

Pulau Redang

 

Taman Laut Tanjung Pinang

Pulau Redang merupakan sebuah pulau di Kuala Nerus, Terengganu yang terletak di perairan Laut China Selatan.

Pulau-pulau lain yang berhampiran seperti Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui perjalanan dengan menaiki bot-bot yang disediakan oleh syarikat pelancongan.

 





Source link


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x