fbpx
Home Gaya HidupTeknologi Radeon Pro VII, Kad Grafik VRAM 16GB Oleh AMD

Radeon Pro VII, Kad Grafik VRAM 16GB Oleh AMD

by NoKomen
700 views
Radeon Pro VII, Kad Grafik VRAM 16GB Oleh AMD

 

Syarikat pengeluar pemproses terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) melancarkan kad grafik berprestasi tinggi iaitu Radeon Pro VII yang menawarkan kapasiti memori video (VRAM) 16GB.

Kad grafik berkenaan dikategorikan dalam kelas prestasi profesional sesuai untuk komputer ‘workstation’ bagi melaksanakan proses sintesis video serta animasi untuk skala industri.

Radeon ProVII menawarkan keupayaan 6.5 TFLOPS dengan sistem VRAM 16GB daripada rekaan HBM2 termasuk padanan ‘bandwidth’ 1TB.

Ia usaha agresif AMD untuk mencabar Nvidia untuk merapatkan jurang keperluan industri semasa termasuk perisian yang lebih kompleks dalam ‘kejuruteraan bantuan komputer’ (CAE).

Pemain industri menyifatkan bahawa usaha terkini AMD itu bakal mencabar kedudukan Nvidia sebagai ‘raja’ dalam segmen kad grafik untuk kegunaan permainan dan industri.

Selepas AMD berjaya menguasai segmen pemproses, syarikat itu dilihat giat merapatkan jurang bagi segmen pemproses grafik dan semakin agresif dengan penawaran kad grafik siri RX5000 untuk kelas pengguna dan terbaru, Radeon Pro VII bagi kelas industri.

Sesuai dengan kelas industri, kad grafik berkenaan mempunyai tanda harga sekitar RM7,500 dan menawarkan spesifikasi paling maju untuk kelasnya.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x