fbpx
Home Sukan Shamsurin – ‘Perlu Dua Bulan Untuk Kembali Mantap’

Shamsurin – ‘Perlu Dua Bulan Untuk Kembali Mantap’

by NoKomen
100 views
Shamsurin - 'Perlu Dua Bulan Untuk Kembali Mantap'

 

Jurulatih Akademi Bolasepak Melaka, Shamsurin Abd Rahman berpendapat pemain muda memerlukan tempoh dua bulan menjalani latihan sebelum kembali mendapat momentum sebenar.

Katanya, tempoh rehat panjang susulan pandemik Covid-19 selain tiada latihan agresif di padang memerlukan tempoh terbabit sebelum mereka boleh beraksi dengan baik.

Menurutnya, jika aksi saingan liga peringkat remaja termasuk saingan Piala Presiden, Belia dan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disambung mereka memerlukan tempoh berkenaan sebelum mampu menampilkan persembahan berkualiti.

Bekas penyerang negara 1990-an yang kini melatih akademi berkenaan di Liga KPM mengakui, momentum 30 pemain bimbingannya dilihat pada tahap positif sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun selepas itu mereka perlu mencari semula kecergasan fizikal yang hilang.

“Sehubungan itu, saya meminta semua pemain menjalani latihan sendiri dan mengekalkan kecergasan masing-masing untuk memastikan berat badan juga tidak naik mendadak yang boleh menjejaskan prestasi dan persembahan.

“Malah dengan pelbagai hidangan sepanjang Syawal , selain kekurangan latihan fizikal di lokasi sesuai terutama di padang pastinya menyebabkan mereka lebih terdedah kepada penambahan berat badan mengejutkan seandainya mengambil mudah berkaitan kecergasan,”katanya.

Shamsurin berkata, bagi pemain profesional mereka hanya mengambil masa kira-kira enam minggu untuk kembali cergas namun semuanya juga bergantung kepada persediaan diri masing-masing.

Apapun, jika mereka menjalani latihan lebih agresif sebelum bersama pasukan, tempoh berkenaan boleh dikurangkan berdasarkan tahap dan corak latihan yang dilakukan.

Baginya, segala pengalaman sebagai pemain kebangsaan, Melaka, Sarawak, Johor FC dan Perlis akan dicurahkan untuk kemajuan pemain bawah 17 skuad berkenaan.

Dia yang juga jurulatih Sekolah Sukan Seri Kota, Melaka 2019 membawa skuad terbabit mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x