fbpx
Home Hiburan Showcase Virtual Dayang Nurfaizah – 25 May 2020

Showcase Virtual Dayang Nurfaizah – 25 May 2020

by NoKomen
85 views
Showcase Virtual Dayang Nurfaizah - 25 May 2020

 

Sentiasa hadir dengan pelbagai produk baharu saban tahun, Dayang bakal menemui peminat secara maya dalam persembahan nyanyian ‘Showcase Virtual Dayang Nurfaizah’ sempena bulan Syawal ini.

Pengalaman yang dilalui oleh penyanyi ini bukan sedikit malah sepanjang dua dekad mengabadikan diri dalam industri muzik tanah air membuatkan Dayang Nurfaizah menjadi antara permata berharga buat industri seni.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Tak Pernah Menyerah‘ itu, dia memahami kekangan pandemik COVID-19 yang dialami oleh orang ramai berikutan perintah untuk ‘duduk di rumah’.

“Ramai yang memilih untuk duduk di rumah dan bertepatan dengan itu juga membuatkan saya mengadakan showcase ini agar mereka boleh saksikan dari rumah sahaja,” katanya yang tahun lalu pernah menggegarkan pentas konsert The Theatre MediaCorp di Singapura.

 

Showcase Virtual Dayang Nurfaizah - 25 May 2020

 

Menariknya, konsep dan idea yang diketengahkan oleh syarikat produksi Indigital Music itu disambut baik olehnya yang tahu kebanyakan peminat setianya sentiasa menantikan aktiviti terbaharunya.

Bakal disiarkan secara maya menerusi saluran YouTube Indigital Music, peminat berpeluang mengimbau kembali lagu-lagu popular di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) yang juga terbitan Indigital Music. 

Hanya menggunakan telefon untuk proses rakaman, ‘Showcase virtual Dayang Nurfaizah’ itu akan ditayangkan pada hari raya kedua (25 Mei 2020) bermula pukul 4 petang di saluran YouTube Indigital Music.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x