fbpx
Home Gaya Hidup Spiderman Petai, Kreatif Demi Mencari Rezeki

Spiderman Petai, Kreatif Demi Mencari Rezeki

by NoKomen
82 views
Spiderman Petai - Selvakumar

 

‘Spiderman Petai’,  panggilan diberikan kepada Selvakumar K. Tharmalingam yang berasal dari Kampung Slim, Perak berusia 22 tahun yang gigih berusaha mencari rezeki dengan cara berbeza dan kreatif.

Menurut Selvakumar yang merupakan pelajar universiti dalam jurusan pentadbiran perniagaan, dia memilih untuk berpakaian seperti Spiderman kerana baginya, itu merupakan sesuatu gimik yang sesuai untuk menarik perhatian orang ramai supaya mereka membeli petai yang dijualnya.

“Saya berasa sangat gembira menjual petai sebagai Spiderman. Apabila orang ramai tahu tentang perniagaan saya, dan orang ramai ingat saya sebagai ‘Spiderman Petai‘, saya rasa lebih bermotivasi untuk teruskan ia sebagai kerjaya sampingan,” kata Selvakumar kepada wartawan Rancak TV dalam satu temu bual, pada Rabu.

 

Spiderman Petai - Selvakumar K. Tharmalingam

 

Tambah Selvakumar yang mempunyai cita-cita untuk bekerja sebagai seorang polis, perniagaan ini bukan merupakan sumber utama pendapatan keluarganya, tetapi pendapatan tambahan ini mampu membantu keluarganya yang sudah berpecah-belah setelah ibu dan bapanya bercerai.

Selvakumar turut merasakan ia sesuatu hobi yang produktif untuk dilakukan sementara kuliah universiti masih dilakukan dalam talian.

Apabila ditanya mengenai cabaran, Selvakumar berkata perkara yang paling susah untuk dihadapi bukan memakai kostum Spiderman dalam suasana panas, tetapi lebih kepada menghadapi komen negatif segelintir pihak.

“Kadang-kadang ada sesetengah orang sakitkan hati saya, membuat saya sebagai bahan ejekan dan ada yang sengaja membuat saya rasa sedih kerana berpakaian lain daripada lain sambil menjual petai,” ujarnya.

 

Spiderman Petai menjual petai atas kereta

 

Walau bagaimanapun, dia tidak membiarkan komen-komen negatif itu memberi kesan kepada motivasinya kerana dia juga mendapat banyak komen-komen positif oleh netizen melalui media sosial yang juga sering membuatnya tersenyum.

Selvakumar telah bermula menjual petai sejak dua bulan lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula dilaksanakan.

Perniagaan ini pada asalnya dimulakan oleh datuk Selvakumar 10 tahun yang lalu, namun telah diambil alih olehnya apabila tiada ahli keluarga lain yang ingin meneruskan perniagaan itu.

Selain menjual petai, Selvakumar turut menawarkan beberapa perkhidmatan lain termasuk sebagai watak penampilan kejutan dalam sambutan ulang tahun hari lahir kanak-kanak serta menawarkan perkhidmatan pengangkuitan.

 

Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x