Emas Archives | Nokomen.com | Berita Terkini Hiburan Sensasi Mon, 10 Aug 2026 08:02:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.8 https://nokomen.com/wp-content/uploads/2019/07/nokomen-e1575870919594.png Emas Archives | Nokomen.com 32 32 Emas Sri Semantan Cawangan ke-21 di Nilai, Sasaran 30 Kedai 2026 https://nokomen.com/emas-sri-semantan-cawangan-ke-21-di-nilai-sasaran-30-kedai-2026/ https://nokomen.com/emas-sri-semantan-cawangan-ke-21-di-nilai-sasaran-30-kedai-2026/#respond Mon, 10 Aug 2026 09:43:14 +0000 https://nokomen.com/?p=57980 Kompang dipalu, pantun disampaikan, dan air mata harapan tumpah di sebalik senyuman. Suasana di majlis perasmian cawangan…

The post Emas Sri Semantan Cawangan ke-21 di Nilai, Sasaran 30 Kedai 2026 appeared first on Nokomen.com.

]]>
Kompang dipalu, pantun disampaikan, dan air mata harapan tumpah di sebalik senyuman. Suasana di majlis perasmian cawangan ke-21 Kedai Emas Sri Semantan di Nilai, Negeri Sembilan, bukan sekadar sambutan pembukaan premis baharu—ia adalah perayaan sebuah perjuangan yang bermula dari bawah dan kini semakin hampir ke garisan 30 cawangan.

“Segala suka, duka, tangis dan tawa sepanjang perjuangan kita bersama, biarkanlah itu semua menjadi ‘warna’ yang mewarnai dan melengkapi kisah perjalanan Emas Sri Semantan sejak ditubuhkan,” kata Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Hj Mahmood, dalam ucapan yang sarat emosi sempena perasmian cawangan baharu tersebut.

Dengan pembukaan cawangan ke-21 di Nilai ini, rangkaian kedai emas bumiputera itu kini semakin hampir mencapai sasaran untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 cawangan menjelang penghujung 2026.

9 Cawangan Sudah Beroperasi, Hanya Menunggu Perasmian

Lebih menarik, menurut Mohamad Hafizal, sebanyak sembilan cawangan lagi telah pun mula beroperasi dan hanya menunggu masa untuk dirasmikan secara rasmi. Antara lokasi cawangan tersebut termasuklah Wangsa Maju, Raub, Kuching, Miri, Lahad Datu dan Bahau.

“Sebenarnya, cawangan-cawangan tersebut semuanya telah pun beroperasi, cuma belum dirasmikan lagi. Dengan perkembangan ini, insya-Allah sasaran untuk mempunyai 30 buah cawangan dalam tempoh tahun ini dapat direalisasikan,” katanya.

Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah hasil gabungan doa, usaha, kesabaran dan keyakinan yang tidak pernah pudar, seperti yang ditekankan dalam ucapan pengerusi.

Lebih Daripada Kedai Emas: Sebuah Wadah Perjuangan

Apa yang membezakan Emas Sri Semantan daripada rangkaian kedai emas yang lain adalah naratif di sebalik setiap cawangan. Ia bukan sekadar perniagaan—ia adalah gerakan ekonomi untuk memperkasakan masyarakat, khususnya dalam kalangan bumiputera.

“Dengan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya emas sebagai aset yang mampu menjadi benteng ketika waktu sukar dan sandaran untuk masa hadapan, kami akan terus berusaha untuk memperkasakan Emas Sri Semantan sebagai satu wadah perjuangan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia khususnya di kalangan kaum bumiputera,” ujar Mohamad Hafizal.

Emas Sri Semantan menawarkan alternatif kepada masyarakat untuk memiliki emas pada harga berpatutan, dengan penekanan terhadap kualiti produk yang dijamin setaraf dengan kedai emas lain. Pendekatan ini selari dengan visi dan misi untuk menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti tinggi dengan layanan mesra kepada pelanggan tanpa mengira usia atau latar belakang.

Dengan misi untuk menjadi “Syurga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia”, jenama ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada jualan, tetapi juga kepada kesedaran tentang kepentingan emas sebagai aset pelindung nilai dan sandaran masa hadapan.

Prestasi Cemerlang, Semua Cawangan Lulus KPI

Keyakinan untuk mengembangkan rangkaian ke 30 cawangan bukan sekadar angan-angan. Mohamad Hafizal mendedahkan bahawa semua cawangan Emas Sri Semantan berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) jualan harian.

“Untuk makluman, semua cawangan kami melepasi KPI jualan setiap hari. Setakat ini, tidak pernah lagi berlaku mana-mana cawangan gagal mencapai KPI yang telah ditetapkan. Jadi, secara keseluruhannya kita tidak mempunyai masalah dari segi prestasi jualan,” katanya.

Pencapaian ini menjadi bukti kepada sokongan pelanggan serta komitmen seluruh warga Emas Sri Semantan dalam memastikan perniagaan tersebut terus berkembang.

Potensi Ke Pasaran Antarabangsa

Walaupun fokus utama adalah untuk memperkukuhkan rangkaian di dalam negara terlebih dahulu, Emas Sri Semantan tidak menutup pintu kepada peluang di peringkat antarabangsa. Menurut pengerusinya, pihaknya telah menerima banyak cadangan dan permintaan untuk membawa jenama ini ke pasaran luar negara.

“Kita memang menerima banyak permintaan dan cadangan untuk membuka cawangan di luar Malaysia, terutama dari Thailand. Selain itu, terdapat juga permintaan dari Indonesia dan Filipina,” katanya.

“Buat masa ini, kita akan terus memperkukuhkan rangkaian di dalam negara terlebih dahulu, namun peluang untuk berkembang ke pasaran antarabangsa sentiasa terbuka,” tambahnya.

Mewariskan Kejayaan Untuk Generasi Akan Datang

Di sebalik sasaran 30 cawangan dan potensi pasaran antarabangsa, terdapat visi yang lebih besar—untuk mewariskan perniagaan ini kepada generasi akan datang.

“Marilah kita menjadikan permulaan baharu ini untuk pencapaian yang lebih gemilang. Inilah masa untuk mencipta lebih banyak peluang dan ruang yang baharu. Insyallah suatu hari nanti ketika kita telah mencapai sasaran yang ditetapkan kita sendiri akan termenung jauh, mengimbau kembali segala jerih perih, keringat dan pengorbanan sepanjang perjuangan kita,” kata Mohamad Hafizal dalam ucapannya.

Dengan 9 cawangan lagi menunggu perasmian dan sasaran 30 menjelang hujung tahun, perjalanan Emas Sri Semantan masih jauh dari penghujungnya. Namun satu perkara yang pasti—setiap langkah yang diambil adalah untuk memartabatkan ekonomi, bukan sahaja untuk keluarga, tetapi untuk seluruh rangkaian yang percaya bahawa emas bukan sekadar logam berharga, tetapi juga simbol perjuangan dan harapan

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

The post Emas Sri Semantan Cawangan ke-21 di Nilai, Sasaran 30 Kedai 2026 appeared first on Nokomen.com.

]]>
https://nokomen.com/emas-sri-semantan-cawangan-ke-21-di-nilai-sasaran-30-kedai-2026/feed/ 0
9KJ by Trishya & Co: Koleksi Emas Elegan, Unik & Mampu Milik https://nokomen.com/9kj-by-trishya-co-koleksi-emas-elegan-unik-mampu-milik/ https://nokomen.com/9kj-by-trishya-co-koleksi-emas-elegan-unik-mampu-milik/#respond Mon, 29 Jul 2024 15:02:32 +0000 https://nokomen.com/?p=55234 Trishya & Co adalah sebuah jenama barangan kemas Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran emas, berkat…

The post 9KJ by Trishya & Co: Koleksi Emas Elegan, Unik & Mampu Milik appeared first on Nokomen.com.

]]>
Trishya & Co adalah sebuah jenama barangan kemas Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran emas, berkat pendekatan unik dan komitmennya terhadap kualiti kraf tangan. Diasaskan bersama oleh Datin Dr. Raskidah Ali dan Nayli Batrishya Norbik Bashah, jenama ini merupakan refleksi kepada gabungan identiti dan warisan budaya Malaysia melalui rekaan barangan kemas unik disamping menggalakkan literasi kewangan dalam kalangan belia.

Nayli Batrishya, yang merupakan pengasas bersama, terinspirasi untuk mencipta jenama ini setelah melihat potensi untuk mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916. Dengan menggabungkan elemen budaya Malaysia dalam setiap rekaan, Trishya & Co bertujuan untuk menarik minat pelanggan yang sentiasa mencari sesuatu yang unik dan bermakna.

Lahir daripada keinginan untuk mencipta barangan kemas dwifungsi yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan tetapi juga sebagai pelaburan. Datin Dr. Raskidah Ali, terinspirasi dari pengalamannya dan keperluan akan barangan kemas yang berkualiti dan ditempah khas, membayangkan sebuah jenama yang menawarkan potongan unik yang menjadi simbol dan mencerminkan keunikan warisan budaya Malaysia, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pelancong dan peminat barangan kemas.

Bersesuaian dengan tema “Where Passion Meets Precision, Adorn Yourself in Artisanal Jewels,” salah satu ciri menonjol Trishya & Co adalah tumpuannya kepada barangan kemas emas yang ditempah khas. Setiap potongan dicipta dengan perhatian teliti kepada detail, membolehkan pelanggan memperibadikan pilihan mereka.

Koleksi ikonik Trishya & Co, “Links of Malaysia (LOM),” menampilkan loket pesona yang diinspirasikan daripada makanan tempatan dan simbol budaya, seperti bahulu, kuih lapis, durian, wau bulan, dan gong. Direka untuk disuai padan dengan gelang tangan gelung melalui gabungan unik elemen budaya dan rekaan trendy ini bukan sahaja meningkatkan hubungan emosi pelanggan dengan barangan kemas tetapi juga memposisikan Trishya & Co sebagai pembekal identiti Malaysia.

Mengenali kepentingan pendidikan kewangan, Trishya & Co telah memperkenalkan pelan simpanan emas yang disasarkan kepada golongan belia. Disamping memupuk budaya menabung dan kesedaran kewangan, inisiatif ini menggalakkan pelaburan emas dilakukan secara bijak. Dengan pilihan tawaran tempahan bermula serendah RM200 dalam tempoh simpanan antara enam hingga dua belas bulan, pelan ini membolehkan pelanggan beransur-ansur mengumpul barangan kemas emas dan memiliknya selepas tamat tempoh simpanan, menjadikannya pilihan pelaburan yang mudah diakses.

Seperti banyak permulaan, Trishya & Co tidak terlepas daripada cabaran, wujud dalam era pandemik pelbagai cabaran ditempuhi termasuklah dalam mendapatkan modal dalam membiayai operasi dan kualiti produknya. Sokongan daripada pelabur luar dan rakan-rakan, yang membolehkan mereka mengatasi halangan ini dan menumpukan perhatian pada penciptaan barangan kemas berkualiti tinggi sehingga kini.

Trishya & Co juga tidak hanya tertumpu pada pasaran tempatan; malah terus berkembang ke peringkat global. Penyertaan rakan niaga dan pendedahan dalam pameran fesyen utama dari semasa ke semasa, seperti yang diadakan di London, akan mempertingkatkan dan mengiktirafkan lagi kedudukan jenama Trishya & Co sekaligus mengangkat jenama Malaysia khususnya ke pentas global dengan memperkenalkan rekaan yang bercirikan Malaysia kepada dunia.

Kecemerlangan Trishya & Co dan komitmennya terhadap kualiti dan inovasi turuf mendapat penfiktirafan dimana terbaharu telah dianugerahkan gelaran ‘Custom-Made Jewellery Brand of The Year 2023’ di Anugerah IDEA (Islamic Distinguished Entrepreneur), satu pengiktirafan terhadap dedikasi dan hasil kraf tangannya yang luar biasa. Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti jenama tetapi juga berfungsi sebagai motivasi bagi pasukan untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Koleksi Terbaru: 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery)

Meneruskan kesinambungan, terkini Trishya & Co melancarkan produk terbaru mereka yang dikenali sebagai 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery). Tanggal 27 Julai 2024, sekali lagi membuktikan komitmen jenama dalam mencipta barangan kemas berkualiti tinggi buatan tangan, sambil terus memperkasakan budaya Malaysia.

Koleksi 9KJ by Trishya & Co menampilkan barangan kemas yang diperbuat daripada emas 9-karat dengan rekaan 916, menawarkan keseimbangan antara ketahanan dan kemampuan. Dengan pelancaran koleksi ini, Trishya & Co yang menyasarkan jualan RM10juta berharap ianya dapat menarik perhatian pelanggan yang mencari variasi pilihan barangan kemas yang elegan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Menurut Datin Dr. Raskidah Ali, bak kata pepatah, “Alah membeli menang memakai” diibaratkan seperti emas 916, perbezaan antara 9K adalah terletak pada mutu kandungan karat dan komposisi logam. Emas 916, juga dikenali sebagai emas 22-karat, mengandungi 91.6% emas tulen dan 8.4% logam lain seperti tembaga atau perak.

Kandungan emas yang tinggi menjadikan emas 916 lebih bernilai dan memberikan warna kuning yang lebih cerah. Emas 916 sering digunakan dalam pembuatan barangan kemas dan dianggap sebagai pilihan yang baik untuk pelaburan kerana nilai emasnya yang tinggi dan kestabilan harga.

Sebaliknya, emas 9K atau dikenali dengan 375 mengandungi 37.5% emas tulen dan 62.5% logam lain. Ini menjadikannya lebih murah berbanding emas 916, dan kurang nilainya. Namun, emas 9K lebih tahan lasak dan biasanya digunakan untuk barangan kemas yang lebih moden dan bergaya, tetapi dengan nilai pelaburan yang lebih rendah berbanding emas 916.

Tambahnya, dalam memilih antara emas 916 dan 9K, pelanggan perlu mempertimbangkan tujuan pembelian mereka. Jika tujuan utama adalah pelaburan dan nilai jangka panjang, emas 916 adalah pilihan yang lebih baik. Namun, jika pelanggan mencari barangan kemas yang lebih berpatutan dan moden, emas 9K mungkin lebih sesuai.

Beliau yang ditemui di Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Appresiasi by Trishya & Co, berlokasikan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, turut menyatakan keterujaan dan kesyukuran dimana produk 9KJ telah berjaya membuat kutipan jualan RM1.3juta sebelum pelancarannya pada malam ini.

Menambah kehangatan, majlis dimeriahkan dengan penampilan beberapa artis jemputan antaranya Haqiem Rusli dan Fiq AF, yang menyanyikan lagu-lagu menarik. Selain itu, pelbagai Anugerah Apresiasi turut disampaikan, termasuk anugerah utama untuk Agen Terbaik di antara negara, yang dianugerahkan kepada Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Turut hadir Dato’ Prof. Dr. Norbik Bashah Bin Idris, Seniwati Datin Maria Arshad, rakan/ajen niaga Trishya & Co, tetamu jemputan dan para media menyaksikan peragaan mempersona koleksi-koleksi barangan kemas terbaharu 9JK by Trishya & Co.

Falsafah reka bentuk di sebalik 9KJ diilhamkan daripada rekaan 916 menggabungkan motif tradisional Malaysia dengan gaya kontemporari dengan tambahan elemen lain (batu, berlain dll). Setiap potongan direka dengan perhatian yang teliti kepada detail, memastikan bahawa ia bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori yang cantik tetapi juga sebagai representasi warisan Malaysia. Koleksi ini dijangka merangkumi pelbagai item seperti kalung, gelang, dan anting-anting, semuanya direka untuk menarik minat pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Trishya & Co telah membina reputasi dalam penghasilan kraf tangan yang luar biasa dan berkualiti. Pelancaran koleksi 9KJ tidak terkecuali, kerana jenama ini terus mengekalkan standard tinggi dalam pembuatan barangan kemasnya. Setiap potongan dalam koleksi 9KJ menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat untuk memastikan ia memenuhi jangkaan pelanggan yang berpuas hati.

Selaras dengan misi untuk menggalakkan literasi kewangan, Trishya & Co terus mendorong golongan muda dalam memupuk persepsi melalui pemilikan barang kemas emas sebagai satu bentuk pelaburan. Pelancaran koleksi 9KJ sejajar dengan pelan simpanan emas mereka yang sedia ada, yang membolehkan pelanggan melabur secara ansuran dalam pembelian produk emasnya. Inisiatif ini bertujuan untuk mendidik belia tentang nilai emas sebagai aset yang nyata sambil menawarkan perhiasan yang berkualiti untuk diragai mahupun dihargai.

Pelancaran koleksi 9KJ by Trishya & Co menandakan perkembangan positif bagi jenama ini, yang terus mengembangkan sayapnya dalam pasaran barangan kemas emas melalui gabungan seni, warisan budaya, dan pendidikan kewangan dalam mencipta sesuatu yang unik dan bernilai.

Dengan komitmennya terhadap rekaan yang berkualiti, reka bentuk inovatif, pelan simpanan emas yang bijak, dan aspirasi untuk meneroka pasaran global, Trishya & Co tidak hanya mencipta barangan kemas, tetapi juga membina legasi yang mencerminkan keindahan dan kekayaan budaya Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

The post 9KJ by Trishya & Co: Koleksi Emas Elegan, Unik & Mampu Milik appeared first on Nokomen.com.

]]>
https://nokomen.com/9kj-by-trishya-co-koleksi-emas-elegan-unik-mampu-milik/feed/ 0
Nekad Gadai Emas Di Gull Jewellery, Kisah Pengorbanan Wanita Ini Demi Suami Cukup Mulia https://nokomen.com/nekad-gadai-emas-di-gull-jewellery-kisah-pengorbanan-wanita-ini-demi-suami-cukup-mulia/ https://nokomen.com/nekad-gadai-emas-di-gull-jewellery-kisah-pengorbanan-wanita-ini-demi-suami-cukup-mulia/#respond Tue, 01 Mar 2022 00:50:00 +0000 https://nokomen.com/?p=48367 KUALA LUMPUR: Ketika fasa pertama pandemik COVID-19 menyerang dunia pada tahun 2020, jualan kedai emas di negara…

The post Nekad Gadai Emas Di Gull Jewellery, Kisah Pengorbanan Wanita Ini Demi Suami Cukup Mulia appeared first on Nokomen.com.

]]>
KUALA LUMPUR: Ketika fasa pertama pandemik COVID-19 menyerang dunia pada tahun 2020, jualan kedai emas di negara kita pernah dilaporkan meningkat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga mencatatkan nilai lonjakan luar biasa.

Fenomena ini mungkin menghairankan sesetengah pihak. Ketika ramai orang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan selepas perlaksanaan PKP, trend atau aliran membeli emas pula semakin naik.

Tambah menghairankan, trend pembelian emas yang dianggap sebagai pelaburan meningkat walaupun harga emas sedang naik ketika itu.

Namun, tak kurang juga yang terpaksa menggadai emas kerana desakan hidup. Ketika emas dianggap teman akrab golongan wanita, pengumpul dan penyimpan aset itu, Nora Azni Nawi, 33, terpaksa menjadikannya sebagai cagaran.

Bergelar suri rumah, Nora Azni yang juga ibu kepada dua cahaya mata nekad menggadaikan emas dibelinya di Gull Jewellery.

“Hobi saya memang seperti hampir kebanyakan wanita lain yang suka membeli emas atau barang kemas. Saya sendiri menjadi pelanggan tetap premis kedai emas itu sejak 2017 (5 tahun lalu).

“Dijadikan cerita, suami (Akhtar Syamir Nor Azman) yang menjalankan bisnes perniagaan sendiri terjejas waktu pandemik. Serba serbi tak menjadi hingga pendapatan terkesan. Kos hidup pun meningkat, anak kami membesar.

“Jadi saya terpaksa ketepikan perasaan pentingkan diri dengan menggadai pelbagai jenis aksesori seperti rantai leher, gelang tangan, anting anting dan cincin. Antara koleksi saya pajak itu termasuklah ketum, coco, roti bun, pulut dakap dan cincin belah rotan,” kata Nora.

Gull Jewellery

Jelas Nora lagi, dia percaya dalam hidup perihal pengorbanan dan tolak ansur perlu.

“Kebetulan saya nampak iklan kedai emas itu di media sosial selain melihatnya di kumpulan WhatsApp yang disebarkan teman. Mulanya agak berat hati nak menggadai ‘harta’ yang ada, tapi itulah pilihan terakhir yang ada.

“Sekalipun harga ‘trade in’ di kedai emas ini tidak terlalu tinggi, saya tak fikir panjang nak guna perkhidmatan mereka. Sebab sudah biasa. Layanan ‘tip top’, staf mesra dan utamakan keselesaan pelanggan. Ruang kedai selesa dan tawaran rekaaan barang kemas pun pelbagai,” katanya.

Sementara itu, Gull Jewellery merupakan syarikat Melayu bumiputera yang memiliki dua cawangan kedai emasnya.

Ia didaftarkan di bawah syarikat YBS Retail Trading Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazmirul Mazhar berkata sejak ditubuhkan bermula di Wangsa Maju pada tahun 2014 dan seterusnya di Shah Alam, layanan diberikan saksama tanpa ada perbezaan agama atau status.

Pengurus Gull Jewellery, Farid Hamidi Mohd Salleh
Pengurus Gull Jewellery, Farid Hamidi Mohd Salleh

“Kami sangat inklusif terhadap semua bangsa. Semua berpeluang mendapatkan tawaran ditawarkan. Antara tawaran diberikan seperti upah percuma, harga ‘trade in’ dan ‘buy back’ tinggi, perkhidmatan pantas termasuk memperbaiki barang kemas rosak.

“Tak ketinggalan khidmat mencuci barang kemas dan ‘custom made design’ mengikut selera dan keperluan pelanggan. Pilihan rekaan juga terkini dan berkualiti,” kata Hazmirul Mazhar

Hazmirul berkata lagi, mereka menekankan pelanggan sebagai nadi.

“Kami percaya pelanggan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan jenama. Malah kami juga menetapkan piawaian baharu dalam dagangan barang kemas tempatan.

“Kami berusaha untuk memastikan pelanggan pada tahap terbaik mereka dengan melakukan pendekatan untuk memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa menjejaskan kelestariannya.

Gull Jewellery Cawangan Wangsa Maju
Gull Jewellery Cawangan Wangsa Maju

“Tentunya kami menawarkan potongan unik yang halus, mudah dipakai dan beri kepuasan maksimum. Harga kami begitu berdaya saing membolehkan reputasi dikekalkan sebagai peneraju Malaysia dalam peruncitan barang kemas yang dimiliki dan destinasi wajib untuk penggemarnya,” katanya.

Jenama itu turut menjangkakan akan terus menjadi pilihan utama untuk pelanggan dan bangkit menjadi barang kemas tempatan yang terbaik di Malaysia

Seiring dengan itu, pelbagai promosi dianjurkan termasuklah antara promosi terdekat bersempena meraikan Aidilfitri untuk pelanggan setia serta VIP Gull Jewellery. Seterusnya menyediakan lebih banyak promosi besar-besaran untuk pelanggan pada masa akan datang.

Hingga kini jenama itu terus mengikat kesetiaan ramai pelanggannya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari


Kongsi berita di Nokomen.com
Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

The post Nekad Gadai Emas Di Gull Jewellery, Kisah Pengorbanan Wanita Ini Demi Suami Cukup Mulia appeared first on Nokomen.com.

]]>
https://nokomen.com/nekad-gadai-emas-di-gull-jewellery-kisah-pengorbanan-wanita-ini-demi-suami-cukup-mulia/feed/ 0