fbpx
Home Gaya Hidup Tidak Boleh Salam, Cium Sepanjang Aidilfitri

Tidak Boleh Salam, Cium Sepanjang Aidilfitri

by NoKomen
643 views
Tidak Boleh Salam, Cium Sepanjang Aidilfitri

 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham menegaskan bahawa orang ramai tidak dibenarkan salam dan berciuman sepanjang perayaan Aidilfitri bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Tambahnya, amalam lazim yang sering diamalkan pada setiap sambutan lebaran itu perlu digantikan dengan penjarakan sosial yang merupakan satu garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memutuskan rantaian wabak merbahaya  ini.

“Tidak ada salam-salam, cium-cium, jaga jarak selamat dan gunakan cecair pembasmi kuman,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini COVID-19 semalam.

Menurutnya, penjarakan sosial perlu dipastikan bagi melindungi golongan berisiko terutamanya warga emas.

Sementara itu menurutnya, cadangan 20 orang beraya di sesebuah rumah adalah melibatkan kumpulan ahli anggota keluarga termasuk anak dan cucu.

Katanya, nombor berkenaan adalah relatif berdasarkan keluasan sesebuah rumah.

“Jika 20 orang di sebuah pangsapuri, ia adalah sesak dan dikira telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) KKM.

“Apa yang penting, dalam tempoh masa tersebut adalah penjarakan sebagaimana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan,” jelasnya.

Terdahulu pada Ahad, Muhyiddin dalam perutusan khasnya berkata, kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan aktiviti ziarah bersama jiran terdekat dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x