fbpx
Home Hiburan Trailer ‘The Batman’ Sudah Raih Lebih 16 Juta Tontonan

Trailer ‘The Batman’ Sudah Raih Lebih 16 Juta Tontonan

by NoKomen
101 views
Trailer 'The Batman' sudah raih lebih 16 juta tontonan

Syarikat penerbitan gergasi, Warner Bros tampil dengan trailer ‘The Batman’ pertama dalam satu konvensyen maya bagi jenama superhero DC Entertainment pada Sabtu.

Trailer selama dua minit yang menyaksikan debut Robert Pattinson sebagai watak utama Batman itu antara lain memaparkan bagaimana Batman dan rakannya James Gordon (lakonan Jeffrey Wright) menyelesaikan kes jenayah di kota Gotham.

Lebih menarik minat penonton nanti adalah tanda tanya yang menyusul setiap kali Batman menerima surat misteri daripada individu yang disyaki melakukan jenayah di kota itu.

Menampilkan lagu Something in the Way oleh kumpulan Nirvana, trailer itu mendapat tontonan 7 juta penonton hanya dalam tempoh kurang 24 jam, dan setakat ini sudah mencatatkan lebih 16 juta tontotan.

Pengarahnya, Matt Reeves sebelum ini pernah mendedahkan filem terbaharu itu bakal menyaksikan bagaimana kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.

Filem The Batman itu bakal ditayangkan pada 25 Jun 2021 namun ditunda akibat pandemik COVID-19 dan akan ditayangkan serentak pada 1 Oktober 2021.


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x