fbpx
Home Gaya Hidup Transformasi Wajah Video Cabaran ‘Lathi’, Anas Zahrin Jadi Perhatian Di Indonesia

Transformasi Wajah Video Cabaran ‘Lathi’, Anas Zahrin Jadi Perhatian Di Indonesia

by NoKomen
130 views
Lathi Challenge - Anas Zahrin

 

KUALA LUMPUR: Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.

Bahkan penyanyi asal lagu Lathi dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini

Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang

Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.

 

Lathi Challenge Anas Zahrin

 

Video transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000 orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.

Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.

“Jadi sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.

 

View this post on Instagram

LATHI (ꦭꦛꦶ) – Versi Putera Jawa 🔥 // #LathiChallenge | Malaysia 🇲🇾 Represents Maksud tersirat video versi ini: Manusia tidak sempurna, mesti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya ianya tak kuasai diri kita, supaya nilai nilai murni dalam diri kita lebih kedepan. Supaya kebaikan yang ada dalam diri kita menang tapi syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia Jadi Sosok Putera Jawa (sisi baik/positif dalam diri kita kita) dan Sosok Makhluk Jahat (melambangkan sisi kita satu lagi, sisi negatif) yang mana kedua dua sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InshaAllah, Jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah. Dengan kuasa Allah, Kita akan berjaya lawan semua perasaan negatif, iri hati serta semua kejahatan dan begitu juga sebaliknya Untuk bahagian nyanyian “jawa” bila di dengar macam “mantera” tapi sebenarnya lirik biasa, boleh refer lirik di bawah Kowe ra iso mlayu saka kesalahan Maksud: Kamu tidak bisa lari dari kesalahan. Ajining diri ana ing lath Maksud: Harga diri seseorang ada pada lidahnya (perkataannya) – jika di baca lirik penuh pula ia berkenaan dengan “toxic relationship” yang menjadikan kita buta dengan kobohongan, penipuan dan ego yang biasa di lalui sebagai manusia biasa Kesimpulannya untuk Lathi Challenge Versi Saya adalah – kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif) yang mana kita cuba lawan untuk hilangkan. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain Stay positive dear all – Love, Anas Zahrin / CEO ANAS Cosmetics Lagu: Lathi by @Sarafajira / @weird.genius Penulis lirik: @ybrap @ekagustiwana @sarafajira Video Inspired by @jharnabhagwani Stylist/Props: @AbushaefHamza / Amir Makeup Artist Putera Jawa: @YnaSakinah Sfx Makeup Artist: @ElyaniFalihah Assistant: ANAS® Team / @theQushayry Makeup: @ANASism #ANAS #ANASism #ANAScosmetics #LipSyncChallenge #Makeup #MakeupTutorial #SfxMakeup #SfxMakeupMalaysia #Malaysia #Indonesia #KitaSerumpun 🇲🇾❤️🇮🇩

A post shared by ANAS® (@anaszahrin) on

 

Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan lathi berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.

“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan

“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini. 

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.

 

 


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

5 1 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x