fbpx
Home Gaya Hidup Video Berbasikal Inikah Yang Disebut PM?

Video Berbasikal Inikah Yang Disebut PM?

by NoKomen
155 views
Lebih satu juta tontonan, video berbasikal inikah yang disebut PM?

 

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pelbagai ragam netizen di platform media sosial. Memetik kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ada yang berbaju kelawar, ada yang mengubah suaranya menjadi lagu rap dan tidak kurang juga video mereka yang berbasikal di rumah.

Bagi anak Sarawak, Harun Din Kamsaini, dia menggunakan masa itu untuk tampil kreatif dengan merakamkan sebuah video pendek berbasikal di dalam rumah dan dikongsi dalam laman Facebook SukaSuka.

“Saya berseorangan di rumah dan hanya ditemani oleh barang mainan adik saya. Jadi, saya telah merakamkan video tersebut hanya untuk menghilangkan kebosanan,” kata Harun ketika ditemu bual SukaSuka. Katanya, dia tidak menyangka video tersebut tular sehingga menyebab ia menjadi sebutan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya sebelum ini.

“Idea ini datang secara spontan. Ianya kelihatan senang, namun apabila saya mula merakamkan beberapa babak, saya sedar ianya amat sukar khususnya babak dimana saya jatuh. Bagaimanapun, melihat ianya ditonton oleh ramai orang membuatkan segala usaha itu berbaloi,” tambahnya.

Video berdurasi 50 saat itu kini telah mencecah satu juta tontonan dengan lebih 4,000 perkongsian di laman tersebut hanya dalam masa dua minggu.

 





Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x