fbpx
Home Sukan Xavi Hernandez Sembuh Jangkitan Covid-19

Xavi Hernandez Sembuh Jangkitan Covid-19

by NoKomen
47 views
Xavi Hernandez sembuh jangkitan Covid-19

 

Bekas bintang Barcelona, Xavi Hernandez berkata dia sudah sembuh daripada Covid-19 untuk kembali dan menyambung tugasnya sebagai ketua jurulatih kelab Qatar, Al-Sadd.

“Terima kasih kerana mesej yang saya terima ketika ini,” katanya di Instagram bersama gambar dia dan anak perempuannya.

“Saya mahu berkongsi bersama anda bahawa saya sudah sembuh dan kembali bersama keluarga dan pasukan Al-Sadd.”

Xavi, 40, mengumumkan Sabtu lalu bahawa dia diuji positif selepas ujian rutin terhadap pemain dan staf kelab utama Qatar itu.

Sejumlah empat peratus daripada sejumlah 2.75 juta rakyat Qatar dijangkiti Covid-19 dengan 110,153 kes dilaporkan sejak permulaan pandemik dengan negara kecil Asia Barat itu mencatat purata jangkitan tertinggi.

Xavi terlepas aksi kemenangan 2-1 Al-Sadd ke atas Al-Khor dalam perlawanan pertama mereka sejak penyambungan semula liga selepas ditangguhkan pada Mac lalu kerana penularan Covid-19.

 



Sumber


Nokomen.comBerita Terkini Hiburan Sensasi Malaysia

PERINGATAN: 
Nokomen.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukan sesekali daripada pihak kami. Segala risiko akibat sebarang komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

0 0 vote
Article Rating

You may also like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x